Jika anda rasakan orang Iran sebagai sesat dan merbahaya, kembaralah ke Iran dan bergaul dengan orang sana.
Anda akan mendapati mereka seperti kita, cuba hidup aman damai berkeluarga.
Ramai dari mereka berperangai sangat baik melayan tetamu.
Orang Iran sangat curious berkenaan Malaysia dan selalu bertanya saya mengenai tanah air.
Mereka mendengar Malaysia adalah aman, penuh dengan orang Islam yang baik-baik, hidup aman damai tanpa pergaduhan dan negara kaya raya.
Ada yang menganggap orang Iran sebagai sesat dan kafir, saya hanya mampu tersenyum dan malas berhujah kerana yang menuduh itu sendiri tidak pernah melawat Iran.
Kembara dan buka minda.
BACA :