Ramai tak pernah tengok, ini rupa-rupanya yang terjadi dalam kepompong ulat beluncas sebelum jadi rama – rama

Ya Allah peliknya kepompong ulat beluncas!

Pernah tak kita terbayang apa jadi dalam kepompong ulat beluncas sebelum jadi rama – rama?

Ulat beluncas tu sebenarnya jadi SUP dalam kepompong dia. Ya, jadi SUP! Dia mencair di dalam dan dihadamkan menjadi lendir.

Ramai tak pernah tengok, ini rupa-rupanya yang terjadi dalam kepompong ulat beluncas sebelum jadi rama - rama

Yang tinggal setelah proses pencairan itu hanyalah beberapa sel – sel penting untuk pastikan ia terus hidup (walaupun dia dah cair sepenuhnya jadi air, gila betul!).

Yang lebih gila, ada eksperimen yang dibuat yang mendedahkan ulat beluncas dengan satu bau, lalu kemudian ia diberikan kejutan elektrik.

Lama – lama ulat beluncas tu pun benci dengan bau tu (sebab dia kaitkan bau tu dengan kesakitan)

Lepas proses metamorfosis, iaitu lepas ulat tu dah mencair dan kemudian berubah jadi rama – rama, ia masih benci dengan bau yang sama!

Maksudnya memorinya kekal walaupun otaknya dah jadi jus, kemudian dibentuk semula!

Tapi adakah ulat itu merasa sakit dengan proses yang sangat mengerikan ini? Nasib baik, jawapannya tak. Kerana mereka tiada penerima rasa sakit. Keseluruhan proses metamorfosis itu mereka tak sedar pun.

Tapi, yang lebih mengagumkan dah pasti adalah kehebatan Pencipta yang menciptakan alam ini dengan proses yang sangat mengagumkan dan meletupkan otak manusia. Bijaknya!

BACA :

‘Kalau kat kampung, aku pernah kena tegur dengan nenek sebab hidang nasi sejuk kt suami. Rupa-rupanya sebab ni..’
‘Saya pernah dapat pelanggan T20, dia ada koleksi kereta mewah. Bila ditanya kenapa tak pernah tayang di media sosial, ini jawapan dia..’
‘Umur dah 29, tapi bila ajak kahwin dia taknak. Kenapa sentuh kalau betul sayang..’