Ramai tak tahu kelebihan penggunaan lampu kuning berbanding lampu putih

Baru tahu, penggunaan lampu kuning mampu mengurangkan kehadiran cicak, serangga, kalkatu, berbanding lampu putih.

Ini huraian yang diberikan oleh Tn Muhd Hisyam di Group Tukang Apa Hari Ini.

Ramai tak tahu kelebihan penggunaan lampu kuning berbanding lampu putih

Teknologi nya:

– Lampu2 pijar & pendafluor beri cahaya putih puncak, bersama2 warna2 lain pada kadar rendah.

– Lampu led putih sebenarnya terdiri drpd 3 jenis led (merah, hijau, biru) dimana 3 cahaya led bergabung jadi satu (putih).

– Lampu led beri cahaya puncak putih dlm kelompok warna terhad (narrow band) warna lain.

Biologi nya:

– Serangga lebih tertarik kpd cahaya putih, menghala ke gelombang biru UV (band warna 6k~10k). Sbb mata mereka lebih nampak dlm pencahayaan itu.

– Maka lebih banyak lah serangga terbang ke arah cahaya spt itu, berbanding cahaya led kuning (band warna 3k~5k).

-Serangga ialah makanan cicak.

-Maka tentulah cicak akan berkumpul ditempat yg banyak makanan nya.

-Terntulah lebih banyak cicak ke pencahayaan putih led.

(Tambahan) Biologi Manusia

-Kenapa lampu kereta yg warna nya putih nampak kelam, terutama diwaktu hujan ? Lalu pengguna ini terpaksa pakai lampu putih berkuasa tinggi (yg akibatkan silau mata kpd pemandu kereta bertentangan).

-Ini kerana struktur retina mata (pengesan cahaya) kurang peka thd jalur cahaya putih (terutama band warna 6.5k~10k).

-Mata kita lebih peka kpd jalur warna kekuningan (band warna 3k~5k) berbanding putih.

-Jika diberikan 2 lampu 10W, satu dari band 3k~5k (kekuningan) dan lagi satu dari band 6.5k~10k (putih), mata kita akan cerap lampu kekuningan lebih terang.

-Jadi, mereka2 yg mencari lampu putih kereta terpaling terang toksah lah nyusahkan diri dan pemandu kereta lain. Selain merosakkan ringgit, juga merosakkan pemandangan pemandu lain.

-Terbaik ialah lampu kereta kekuningan, selain terang, juga akan redakan silau pemandu lain.

UPDATE: Selepas posting ini, baru tahu memang wujud rupanya lampu yang boleh menjauhkan serangga, nyamuk, kalkatu malam…

BACA :

Kaki & tangan dipotong gara-gara makan tilapia tercemar, ini puncanya..
[VIDEO] ‘Mat moto’ rempuh anggota JPJ di SJR
‘Sebab mertua aku bercerai, sudah janda dimainkan pula. Bila diuji, aku mula doa bukan-bukan..’