Di Malaysia, adat memasuk minang sememangnya dilakukan sebelum perkahwinan
Pada masa inilah pihak lelaki datang ke rumah bakal pengantin untuk membincangkan hal perkahwinan di antara dua belah keluarga.
Malah, ia juga sebagai tanda bahawa si lelaki berminat kepada si perempuan dengan menghantar rombongan sebagai tanda ‘sudah berpunya’. Si perempuan boleh memilih untuk menerima atau menolak.
Namun, berbeza pula dengan video di negara Turki ini apabila seorang individu berkongsi tanda si perempuan menerima lamaran dengan cara yang unik.
Lihat video itu di bawah:
Tumpahkan sedikit air tanda terima lamaran
Menerusi video tersebut, difahamkan mereka sedang membincangkan hal perkahwinan di antara dua buah keluarga.
Dapat dilihat seorang wanita sedang menghidangkan air buat tetamu yang hadir. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat menumpahkan sedikit air kopi tersebut.
Difahamkan, di Turki jika si wanita menumpahkan sedikit air itu menandakan dia menerima lamaran atau pinangan daripada pihak lelaki.
“Kalau Melayu lagi buat tumpah tanda protes tak mahu kat dia tu” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 217.1K views, 735 repost dan 1,565 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Spill the tea ❌
Spill the coffee ✅— Hafiz Rahim (@hafizmdrahim) September 19, 2023
erti sbenar, malu tapi mahu
— Fera Sam’s (@NSamsudin) September 19, 2023
ini kat turki kalau dekat kampung aku lelaki tuh kena cari 20 dulang hati nyamuk yang tak rabun baru diterima
— mya 🇲🇾 (@helloimdazmia) September 19, 2023
Inilah yang dipanggil malu tapi mahu ya 😛
BACA :