Hanya orang yang menanggung hutang rumah sahaja akan faham berapa banyak duit yang keluar untuk sebuah rumah.
Orang yang menumpang duduk saja memang tak tahu apa yang kena keluar untuk maintain satu-satu rumah.
Macam adik Shila cakap.
“Rumah ni dah habis bayar, tak payah nak bayar bulan-bulan. Buat apa nak jual?”
Deyyyy tammbi.
Sebab kau tak bayar apa-apalah kau tak tahu apa benda yang kena keluar untuk maintain sebuah rumah banglo. Rumah 9000sqft 7 bilik 7 bilik air. Ater gila tak payah kuar duit nak maintain.
Bil letrik siapa bayar?
Bil air sapa bayar?
Unifi mesti ada, siapa bayar?
Netflix or Astro, siapa bayar?
Duit makan untuk isi rumah tu siapa bayar?
Penat dah kakak sulung kerja menyara keluarga. Sekarang dia nak just nak kurangkan komitmen dia sahaja sebab dia pun dah bekerluarga. Tapi adik beradik tak support. Even mak pun tak redha. Allahuakhbar.
Sadis sangat dapat adik beradik yang tak faham kesusahan kakaknya. Di tambah pula si ibu yang langsung tak memahami apa yang si anak nak buat. Pada dia kena downgrade hidup itu satu keputusan yang tak patut di buat.
Pada aku downgrading it’s not the right word. It’s actually upgrading the financial flow. Orang yang tak bayar apa-apa, tak buat apa-apa memang dia rasa hidup dia kena downgrade.
Dari duduk banglo kena duduk apartment.
Dari tak payah bayar apa-apa kena keluar kerja.
Dari dah biasa makan tanggung berak cangkung tetiba kena cari duit plak.
Dalam cerita ni orang yang bersalah sebenarnya bapa dan anak lelaki.
Maaf cakap tapi nak tanya.
Kenapa anak perempuan kena sara keluarga sedangkan ada anak lelaki?
Kenapa masih lagi kena menyara keluarga sedangkan bapa masih hidup dan anak lelaki sihat?
Kenapa mempertikaikan harta anak?
Kenapa mempertikaikan segala tanggungjawab masa dia kecil dulu?
Kenapa mendoakan keburukan kepada anak?
Tahukah kamu, ibu atau bapa yang doa kamu tu tiada hijab? Sanggup ke mendoakan keburukan untuk anak yang dah bersusah payah sejak umurnya 4 tahun?
Apakah memang menjaga anak itu dari kecil atas dasar kena balas balik semuanya?
Sebab itulah jangan letakkan harapan pada makhluk. Allah boleh twist semuanya.
Kita pernah melihat mereka sebagai sebuah keluarga bahagia. Tapi bila Allah nak tunjuk semuanya tiada tangan yang boleh halang.
Maybe inilah asbab bapa dan ibu yang menggunakan anak untuk menyara kehidupan mereka.
Maaf cakap, anak bukan dana persaraan kita. Ibu bapa juga bukan dana kecemasan anak-anak.
BACA :