Salahuddin stabil, akan tetapi masih di ICU
Menurut sumber menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa enggan mendedahkan punca Salahuddin Ayub mengalami pendarahan otak.
Dr Zaliha Mustafa berkata pasukan perubatan sedang memantau rapi kesihatan Salahuddin Ayub selepas menjalani pembedahan semalam.
Walau bagaimanapun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub kini stabil walaupun masih agak kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Katanya, pasukan perubatan sedang memantau rapi kesihatan Salahuddin selepas menjalani pembedahan semalam.
Salahuddin stabil, masih di ICU
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa enggan mendedahkan punca Salahuddin Ayub mengalami pendarahan otak.
Dr Zaliha Mustafa berkata pasukan perubatan sedang memantau rapi kesihatan Salahuddin Ayub selepas menjalani pembedahan semalam.
“Alhamdulillah, pembedahan semalam berjaya. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau, insya-Allah sihat seperti sedia kala.
Dr. Zaliha bagaimanapun enggan mendedahkan punca pendarahan otak dialami Ahli Parlimen Pulai itu.
Semalam, setiausaha akhbar Salahuddin, Syakirin Husnal dalam kenyataan memaklumkan menteri itu dikejarkan ke wad kecemasan kira-kira 10.15 malam Jumaat selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Katanya, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh pakar di HSB.
BACA JUGA :
PRN : Chow, Aminuddin kembali terajui P Pinang, N.Sembilan sekiranya menang, kata Anwar
The 1975 diletakkan dalam senarai hitam buat persembahan di Malaysia
Kantoi nurse jatuhkan bayi pramatang sampai alami pendarahan otak, retak tulang – Ini respon KKM