“Sanusi tiba di mahkamah, sedia berhadapan dengan 2 tuduhan”
Dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan juga Menteri Besar bagi negeri Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dijangka menghadapi sekurang-kurangnya dua pertuduhan apabila dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di Selayang, esok.
Difahamkan menteri besar yang sebelum ini pernah menjadi isu melibatkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) serta beberapa lagi individu lain dipercayai berdepan tuduhan gara-gara mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Pendakwaan terhadap Sanusi akan dibuat secara berasingan di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.
Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam ucapan yang tular, beliau membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dengan Datuk Seri Amirudin Shari yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Selangor.
Sekurang-kurangnya 57 laporan polis dibuat beberapa pihak terhadapnya susulan ucapan terbabit, menyebabkan Sanusi disiasat berhubung ucapan yang menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.
Susulan kejadian itu, pada Sabtu lalu, Sanusi mengutuskan sepucuk warkah memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan terhadap Menteri Besar Kedah tidak dihentikan, walaupun sudah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor.
BACA JUGA:
Subsidi RM300 tiket penerbangan pelajar universiti awam ditingkatkan – Kerajaan
Puteri Sarah bagi ‘hint’ jodoh baru, minta netizen doakan supaya dipermudahkan
Netizen panas YB hanya rakam tindakan lelaki buang sampah tepi jalan tapi tak tegur ‘direct’