‘Saya keje dengan Cina lama. Lama-lama saya punya perangai macam Cina. Bila saya kerja dengan satu GLC yang 99.9% Melayu, ada kejutan budaya’

Saya keje dengan Cina lama. Lama-lama saya punya perangai macam Cina. Bila saya kerja dengan satu GLC yang 99.9% Melayu ada kejutan budaya.

1. Di company Cina selagi belum pukul 7 pm takde siapa sibuk nak balik. Di GLC tersebut pukul 4.30 pm dah siap kemas meja. Pukul 5 pm tepat semua balik.

2. Di company Cina kita nak jimat kos pembinaan. Di GLC itu macam takde sapa peduli kalau mahal dan rugi.

'Saya keje dengan Cina lama. Lama-lama saya punya perangai macam Cina. Bila saya kerja dengan satu GLC yang 99.9% Melayu, ada kejutan budaya'

3. Di company Cina, HR remind kerja baik-baik kalau company untung banyak kita dapat bonus. Di GLC itu company rugi setiap tahun tapi staff sibuk nak minta bonus.

4. Di company Cina kita nampak bos dan halatuju company. Di GLC tu kita panggil company tak ada bos. Semua autopilot.

5. Di company Cina staff sikit kerja banyak. Di GLC itu kerja sikit staff ramai.

6. Di company Cina hampir semua orang bekerja bersungguh-sungguh yang malas tak ramai. Di GLC itu yang malas lagi ramai daripada yang bersungguh-sungguh kerja.

7. Di company Cina u cakap banyak u bagus sebab u nak improve company. Di GLC itu kalau cakap banyak kena cap dengan bos dan staff lain.

8. Di company Cina kita bising-bising nak bagi kerja jalan. Di GLC itu kalau kita bising-bising depa kata berlagak nak tunjuk dia sorang je keje.

9. Di company Cina kita meeting set target tahun depan pada bulan Jun. Di GLC itu kita meeting set target tahun depan pada bulan Disember.

10. Di company Cina susah nak cuti. Bos kena make sure ada rotation kalau hujung tahun. Di GLC itu satu department lumpuh pasal semua cuti. Bos depa boleh approved pulak semua orang cuti.

Nota:

Saya pernah kerja di beberapa GLC. Sengaja tidak letak namanya kerana tidak mahu memalukan. Kalau nak tahu kenapa company Cina lebih perform kena lah tengok budaya kerja mereka.

Kita Melayu ni bukan tak bagus, tapi budaya kerja tu teruk sangat.

BACA :

‘Gaji aku 600 je, isteri tak bekerja. Sampai masa takde duit nak beli lauk. Isteri aku bijak, sayur kangkung dia buat jadi 3 jenis lauk. Mengalir air mata, aku malu dekat anak-anak..’
Ramai tak tahu tumpahkan kopi adalah cara orang Turki terima lamaran
‘Minggu lepas saya bergaduh dengan anak sulung saya. Dia hantar 12 mesej WhatsApp panjang lebar, meluahkan perasaan dia’