‘Saya mohon sangat untuk korang yang baca ni jangan mudah percaya dengan iklan pasal pinjaman, ramai lagi masih percaya pasal pinjaman yang tak wujud’

Saya nak kongsikan cerita saya & please saya mohon sangat2 untuk korang yg bace ni jangan mudah percaya dengan mana3 iklan pasal pinjaman (Bagi yang belum tahu) Sebab ramai lagi yang masih percaya pasal pinjaman yang tak wujud ni.

Alhamdulillah nak kongsikan dulu dari first saya apply pinjaman Hijrah & sekarang LULUS sedang menunggu duit masuk.

Act, saya nak apply dalam 40k tapi disebabkan saya first time & statement bank tak berapa cantik lagi untuk apply lebih so saya hanya LULUS 15k only.

'Saya mohon sangat untuk korang yang baca ni jangan mudah percaya dengan iklan pasal pinjaman, ramai lagi masih percaya pasal pinjaman yang tak wujud'

Apply online – 24/08

Site visit – 1/9

Loan lulus – 8/9

Tujuan saya apply untuk modal perniagaan saya. Ini cerita betul tapi saya ananymous post saya , segan nanti ramai pulak tahu kan sape saya .

Berapa bulan lepas duit saya dah lesap sebanyak RM52K disebakan “KEBODOHAN” sendiri. Saya dah takde duit untuk rolling modal & saya ade berhutang dgn supplier niaga saya sebanyak RM100k lebih.

Saya biasa ambil stok dekat supplier saya & dia baik selalu bagi saya masa untuk bayar hutang tertunggak. Tapi saya tak dapat bayar sebab saya dah takde duit. Dah lebih 3 bulan saya tak bayar full lagi hutang dekat supplier tu.

Kesalahan saya :- Nak buat pinjaman online & duit habis sebab bayar deposit, credit score (kononnya kata score kita x cantik), duit stamp, agreement, akpk process, caj gov tax, deposit buka akaun syarikat HSBC.

Total lesap semua 52k. Dah buat report polis ada 4 akaun “KELDAI” yang saya dah transfer duit kat dalm acc tu.

Memang xde harapan dah untuk dapatkan duit tu semula sebab once duit dah masuk dalam akaun, mereka akan terus cepat2 cash out duit tu atau transfer ke akaun lain tak sampai seminit.

So… salah sendiri kita tak boleh buat apa redha jela we & ambil pengajaran.

Biasalah waktu ni memang otak kira kosong, bodoh & tak fikir sebelum buat sesuatu padahal saya tahu sekrang dah banyak kes penipuan (pinjaman tak wujud) ni berleluasa.

Kita terdesak nak pinjam punya pasal. Saya mengaku salah saya sendiri & menyesal sangat2 menyesal. Saya tak salahkan takdir , tak salahkan pelaku tapi memang salah saya sebab percaya bende2 macam ni.

Dia kata dia syarikat dia berlesen & tunjuk feedback supaya dapat tarik kita percaya dekat service dia.

Supplier minta saya buat surat untuk bagi tarikh tetap untuk lunaskan hutang sebab dia kesian dekat saya dia taknak mai datang rumah so dia minta saya buat surat je.

Seriously dia memang baik hati tak gertak suruh bayar terus. Sebab dia adelah founder/boss brand dia sendiri.

Tapi dia ingatkan saya akan bawak kes ke mahkamah sekiranya saya tak dapat lunaskan hutang dia lansung atau saya cuba lari.

Dia dah cukup baik bagi stok kat saya dulu waktu tu tanpa apa2 bayaran & wajar buat report kalau saya takbagar lansung hutang pun 100k kan.

Saya ada masa lagi beberapa minggu je untuk lunaskan hutang tu… sementara tunggu duit hijrah masuk. Saya sekarang berharap dgn duit hijrah je sebab once dapat saya nak struggle buat live dekat tiktok dari pagi sampai malam.

Saya tunggu duit hijrah bukan ape sebab duit tu saya nak buat modal untuk saya buat live tiktok. Best niaga dekat tiktok kalau rajin satu hari boleh dapat commision 1k-2.5k ++

Tapi disebabkan saya takde modal yang cukup untuk beli sample product yg saya nak promote, saya berharap dkt duit hijrah jela.

Memang rasa menyesal & jatuh terduduk wei bila kena macam ni. Allah je tahu macam mana saya struggle bekerja selama ni tapi semua duit hilang sekelip mata macam tu je. Semua disebabkan diri saya sendiri.

Siang malam nangis, takut, badan kurus tak makan fikri pasal duit hilang fikir pasal hutang tak bayar.

Btw, saya tak berhutang dengan sape2 pun selain supplier saya tu. Hutang dgn dia je waktu tu.

Doakan saya supaya dapat lunaskan hutang secepat mungkin. Allah je tempat saya mengadu & kepada penipu yang dah ambil duit saya tu takpe ambil lah.

Doa saya setiap lepas solat selalu minta Allah membalas atas perbuatan orang2 yang menipu & ambil kesempatan dalam kesempitan. Tak dekat dunia Allah balas, Akhirat pasti.

Saya harap siapa2 yang baca ni Ambil pengajaran cerita saya ni & jangan percaya semua iklan atau msg tentang pinjaman online sebab takde mana2 pinjaman yang proses melalui wasap.

Nak pinjam boleh mohon dekat mana2 bank malaysia, Tekun, Hijrah Selangor, Aim. Sayang semua & semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Bawang Goreng Premium Danok

BACA :

‘Simpan lah resepi ni penawar sakit sendi urat lutut & pinggang.. Semoga ada pahala yang berkongsi’
Lelaki kongsi pengalaman di Rumah Hutan Bonda, ‘Niat nak healing bertukar menjadi trauma!’
‘Takut betul dengar dia maki suami sendiri, betul lah apa yang Rosyam Nor bagitau..’