‘Saya pergi ke sebuah pasaraya, bila scan harga jadi double. Ini bukan kali pertama, tapi kali keempat. Macam mana kalau orang tua yang tertipu..’

20september2023 Rabu sekitar jam 11:20am saya pergi ke pasaraya SEGI FRESH. Nak beli dua jenis barang. Tetapi bila scan harga salah satu barang, harga jadi double, saya tanya staff, “kat rak harga murah kenapa scan mahal?” Staff pun panggil incharge.

Incharge lelaki tersebut, terpinga pinga, konon pergi tanya bahagian ikan, beliau tidak memberikan jawapan, lepastu teruskan kerjanya menulis di sebelah kaunter dan tidak mempedulikan saya dan staff cashier yang sedang menunggu jawapan.

Bila staff cashier bertanya sekali lagi, sambil memandang handphone, beliau cuma berkata “itu memang harganya.” Saya berkata tak apa lah cancel barang tersebut, saya ambil satu barang yang memang harganya benar sahaja.

'Saya pergi ke sebuah pasaraya, bila scan harga jadi double. Ini bukan kali pertama, tapi kali keempat. Macam mana kalau orang tua yang tertipu..'
Gambar hiasan.

Semasa beliau tekan screen kaunter untuk cancel barang tersebut, saya berkata, “ini bukan kali pertama terjadi, jika itu bukan harganya, mengapa letak disana?” Beliau cuma buat ‘pekak’ dan tidak mempedulikan saya.

Saya ulang sekali lagi, “kenapa boleh letak harga begitu sedangkan itu bukan harganya?”

Beliau terus berlalu pergi, tanpa ucap maaf dan tiada sebarang penjelasan dibuat, juga tanpa memandang saya, seolah olah saya ini cuma angin yang bertiup di dalam pasaraya tersebut.

Tujuan saya post disini supaya Tuan Puan lebih berhati-hati jika membeli barang di pasaraya ini, bagaimana jika beli barang banyak dan tak periksa kerana sibuk mengangkat barang letak atas kaunter?

Bagaimana jika orang tua membeli dan tertipu? Sekali lagi saya ulang, INI BUKAN KALI PERTAMA, INI KALI KE EMPAT sepanjang saya ke sana.

Banyak barang yang harganya di rak lain, bila scan jadi mahal. Ini memang pasaraya pilihan terakhir untuk saya jika tiada barang yang diperlukan memang saya tidak akan ke sana.

Sudahlah kita sebagai rakyat seperti mengemis di negara sendiri, sekarang ini pula yang kita dapat.

Sekian

BACA :

Tips tak nak bagi sosej berkedut & kecut masa menggoreng
‘Saya teringat kisah pegawai MARA yang jaga peniaga-peniaga bumiputera, ada yang tak bayar hutang sehingga meninggal dunia..’
‘Suami gaji 5 angka, aku selalu minta naikkan nafkah. Aku rasa hina bila dia gelakkan aku’