‘Saya teringat kisah pegawai MARA yang jaga peniaga-peniaga bumiputera, ada yang tak bayar hutang sehingga meninggal dunia..’

Membaca posting ini, saya teringat kisah daripada seorang pegawai MARA yang bertanggungjawab menjaga peniaga-peniaga bumiputera yang diberikan bantuan modal bisnes.

– Ada peniaga yang tak bayar hutang MARA sehingga meninggal dunia. Apabila waris datang, mereka terkejut arwah ayah berhutang beratus-ratus ribu dengan MARA tak bayar.

– Ada peniaga yang dapat bantuan memulakan modal, tapi tak lama kemudian keluar kereta baru. Bisnes suam-suam kuku.

'Saya teringat kisah pegawai MARA yang jaga peniaga-peniaga bumiputera, ada yang tak bayar hutang sehingga meninggal dunia..'

– Apa peniaga yang diberi bantuan modal dan sewa murah. Hutang tak bayar, sewa tak bayar.

– Ada peniaga yang santau pegawai MARA yang membuat kutipan hutang. Sudahlah tak bayar hutang, santau pula orang yang kutip hutang.

– Total hutang yang tertunggak adalah billion-billion! Khabarnya cecah 50 billion!!!

Inilah masalah orang kita apabila berhutang.

Walhal, hutang MARA, setakat yang saya tahu – tak ada sebarang caj atau keuntungan pun yang dikenakan.

Itu pun orang kita liat nak bayar.

Walhal kalau bayar Seriap bulan RM100 ke RM200, lama-lama akan habis.

Inilah masalah apabila kita dibiasakan dengan mentaliti subsidi.

Kalau boleh semua benda nak free. Golongan begini jugalah yang mudah termakan dakyah bahawa perbankan Islam ni riba sebab lagi mahal daripada harga tunai.

Walhal, bank bukannya badan kebajikan.

MARA yabg bagi bantuan pinjaman secara qardhul hasan pun berlambak orang tak bayar.

Mereka sebenarnya bukan miskin harta, tapi miskin jiwa.

Sebenarnya mereka tidak ada masalah kewangan, tetapi mereka ada masalah mindset.

Dari mindset lahirnya sikap. Maka hasilnya mereka hidup susah.

Ada orang yang selesa hidup meminta-minta, berpakaian selekeh, tak malu berhutang.

Bawang Goreng Premium Danok

BACA :

‘Minggu ni banyak pulak tanya sis pasal Kota Al Ula yang dilaknat tu, sis pergi Al Ula lebih 20 kali dalam hidup’
B40 selera T20 tak cukup letak kon tempat parking terus buat garaj,”Macam reban ayam. Elok tuan dia masuk sekali,” – Netizen
New Balance buat kasut guna kulit babi