Scammer guna logo PDRM hantar e-mel kononya dikenakan kompaun kepada orang ramai

Scammer guna logo PDRM hantar e-mel kononya dikenakan kompaun kepada orang ramai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu taktik sindiket penipuan yang menghantar e-mel kepada orang ramai yang kononnya dikenakan kompaun dan saman lalu lintas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, taktik itu dihantar secara meluas kepada e-mel individu dengan menggunakan logo rasmi PDRM bagi memperdaya masyarakat.

Scammer guna logo PDRM hantar e-mel kononya dikenakan kompaun kepada orang ramai

“Halaman itu memaparkan notifikasi bahawa individu terbabit memiliki saman di bawah kesalahan lalu lintas yang tertunggak dan perlu dijelaskan segera.

“E-mel itu juga mendakwa sekiranya ‘saman’ itu tidak dijelaskan, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, e-mel itu turut menyatakan dan meminta pengguna membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan, melalui pautan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan taktik sindiket penipuan.

“Adalah ditegaskan bahawa tiada sebarang transaksi pembayaran daripada pihak polis dilakukan melalui e-mel seumpama itu,” katanya.

BACA JUGA:

Empat lembaga hitam curi tumpuan penonton di stadium, “tak tahu nak focus bola ke lembaga tu”

Rupanya ada agenda di sebalik Barbie, “Patutlah dari dulu hingga sekarang masih ramai peminat Barbie”

Mak Wan Latah kecewa usaha cari peluang kerja berlakon selalu ditolak dengan alasan “Jumlah pengikut di media sosial rendah”