‘Sebab ni la saya ada trust issue dengan orang yang suka bercantik-cantik bermekap bagai bila keluar. Tak semua tapi mostly begitulah’

Sebab ni la saya ada trust issue dengan orang yang suka bercantik-cantik bermekap bagai bila keluar. Hahaha. Tak semua tapi mostly begitulah.

Saya buat part time kerja housekeeping tempat percutian dalam kampung ni. Harga sewaan satu malam, hampir R M 5 K. Iya, tak salah baca. Hampir 5 ribu ringgit.

Jadinya kebanyakan tetamu memang orang berduit dan ada-ada la. Sepanjang saya bekerja, memang nampak jurang yang ketara orang yang betul-betul kaya dengan orang baru nak merasa kaya ni.

'Sebab ni la saya ada trust issue dengan orang yang suka bercantik-cantik bermekap bagai bila keluar. Tak semua tapi mostly begitulah'

Tahap sakit kepala nak mengemas selepas diorang check out pun memang berbeza. Memang la kerja saya. Tak merungut tapi sebab bila kerja macam ni kita akan jumpa pelbagai kerenah manusia jadinya banyak yang saya belajar.

Orang yang betul-betul kaya, datang memang untuk bersantai. Gunakan ruang seminima mungkin dan jugak akan pastikan ruangan tu kemas dan bersih sebelum balik. Pendek kata memang datang untuk berehat dan bercuti. Dan tak bawak sekampung.

Yang acah kaya ni dan very the mekap tebal look dengan bulu mata bagaikan payung bazar ramadan, memang tinggalkan bilik betul-betul layan kita macam tukang kemas.

Dengan tisu lap bibir merah bekas mekap, contact lens warna cheetah yang dah kering melengkung atas meja mekap, bulu mata palsu putus separuh, pembungkus makanan, resit barang shopping, dan ada jugak pembalut pantiliner terselit di celah katil.

Yang jenis suka ambil barang pun tak kurang juga. Tisu toilet yang baru top up dalam raga sulam separas pinggang pun lesap diambiknya. Eh tak banyak. Ada la 3 paket yang baru bukak. Selagi boleh diambil. Ais dalam peti ais pun ambik ya.

Belum dikira lagi yang melayan kita macam level bawahan sangat.

Kaya ni tak datang dengan adab. Dan orang yang betul-betul kaya, memang ada kelas tersendiri.

Benarlah. Duit tak mampu beli kelas.

Moral of the story,

walaupun kita bayar, jagalah hak orang. Kalau tuan empunya/management buat report macam kes ambik barang tu, masak weh. Boleh jadi isu. Kena ada adab dan jagalah harta/hak orang. Jangan anggap benda tu remeh.

BACA :

‘Lagi sekali u buat, I doakan u mati accident. Rahsia suami terbongkar selepas meninggal dunia, aku maki suami dalam kubur’
Cara goreng ikan supaya rangup di luar, lembut di dalam. Yang penting tak melekat di kuali
‘Sebab apa rumah dia boleh kena lelong? Padahal penyewa bayar ‘ontime’ setiap bulan. Rupa-rupanya ini punca sebenar..’