Sedekah Al-Quran kepada penumpang KTM, pelajar mohon tolong doakan jadi Hafiz & Hafiza

Video sekumpulan pelajar sedekah al-Quran kepada penumpang kereta api (KTM) baru-baru ini telah mendapat perhatian.

Pelajar sedekah al-Quran, mohon doakan jadi hafiz & hafizah

Menerusi perkongsian video dari hazim.aqil, dia memaklumkan yang pelajar sedekah al-Quran itu merupakan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ATM Bera,

Sedekah Al-Quran kepada penumpang KTM, pelajar mohon tolong doakan jadi Hafiz & Hafiza

Pahang yang mengedarkan naskah al-Quran kepada penumpang beragama Islam di dalam KTM itu secara percuma.

Ujarnya, mereka pelajar-pelajar berkenaan hanya mengharapkan agar para penumpang dapat mendoakan mereka menjadi seorang hafiz dan hafizah pada masa hadapan.

“Semoga semua pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.

Pelajar sedekah al-Quran, dapat respon positif daripada penumpang KTM

Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang penumpang-penumpang memberikan respon positif serta mendengar penerangan pelajar berkenaan ketika menerima naskah kitab suci tersebut.

Didoakan agar pelajar-pelajar berkenaan bergelar hafiz & hafizah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji program tersebut yang pasti membuatkan ramai sebak dan berharap supaya usaha berkenaan berterusan di pada tahun-tahun hadapan.

Mereka juga mendoakan agar pelajar-pelajar yang terlibat dalam program terbabit dan rakan-rakan yang lain berjaya bergelar seorang hafiz serta hafizah pada masa akan datang.

Pelajar sedekah al-Quran

Semoga adik-adik semua berjaya dunia akhirat

BACA :

‘Abah meninggal sedikit pun tak meninggalkan harta. ASB ada dalam rm50, Tabung Haji tak sampai pun seratus..’
‘Aku habis SPM, masa ni mak ayah masih tak putus asa cari adik. Ayah salahkan diri sendiri, bertahun lalu ayah meninggal dunia’
‘Terdetik juga tak mahu rumah besar-besar sebab susah nak jaga, tapi aturan Tuhan berbeza. Ayah yang tengah sihat tiba-tiba kena strok..’