Segala kesalahan PRN akan berakhir di mahkamah – Ketua Polis Negara beri amaran keras

Segala kesalahan PRN akan berakhir di mahkamah – Ketua Polis Negara beri amaran keras

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan kesalahan yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini mesti diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.

Beliau berkata, siasatan segera akan dibuat dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya di negeri dan daerah masing-masing.

Segala kesalahan PRN akan berakhir di mahkamah - Ketua Polis Negara beri amaran keras

“Nasihat saya, jangan cuba-cuba buat pasal… bila polis tahu, kali ini kita akan tuduh di mahkamah secepat mungkin.

“Kami berharap tidak berlaku isu bakar, patahkan bendera atau berebut pasang dan sebagainya pada PRN nanti,” katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Sebelum itu beliau hadir pada Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini.

Hadir sama ialah, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Dalam perkembangan lain, Razarudin memberitahu, pihaknya akan mewujudkan pasukan rondaan Op Cantas untuk melaksanakan rondaan sepanjang tempoh berkempen.

Ujarnya, polis akan mengambil tindakan termasuk memanggil calon dan wakil calon bagi menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh berkempen.

BACA JUGA:

Waw! Myvi king kini menjelajah Jepun , adakah Myvi akan jadi king di Jepun? ini jawapannya..

Taasub dengan populariti sehingga sanggup belai anjing… Ini respon wanita berhijab itu

Kecoh tanah kerajaan ditukar milik kepada isteri Exco di Terengganu, ini rupanya yang berlaku