‘Selama 55 tahun kehidupan saya, sering saya terdengar ayat “mati hidup semula”…. Kali ni saya sendiri yang alami’

“Mati Hidup Semula”

Selama 55 tahun kehidupan saya, sering saya terdengar ayat “mati hidup semula”….

Seringkali digunakan utk menggambarkan pesakit yg koma lama atau ditidurkan kembali sihat & lalui kehidupan seperti biasa atau penagih dadah yg insaf dari ketagihan dan membina hidup baru yg bersih dari najis dadah atau insan-insan yg kecewa dlm hidup mendapat semangat baru utk bangkit semula dan meneruskan kehidupan….

'Selama 55 tahun kehidupan saya, sering saya terdengar ayat “mati hidup semula”…. Kali ni saya sendiri yang alami'

Kisah semalam, 28 Sept 2023….

Susunan Allah yg Maha Hebat… Kami ke Hospital Bt Gajah utk menziarahi ibu saudara… sebaik sampai kami confirmkan dgn seorang lagi ibu saudara tentang kedudukan wad & katil. Kami pun berjalan ke wad berkenaan…

Kami diberitahu, pesakit baru je discaj dan dah pulang ke rumah. Berkemungkinan besar kami berseliseh dijalanraya.

Jadi, kami sambung perjalanan ke kediaman sepupu, Jefri Effendi & isterinya yg tercinta, Rasyidah Saparun utk menziarahi ibu saudara kami, Puan Kamaliah Tajuddin…

Rupa-rupanya, ternyata Allah telah menyediakan sebuah kisah utk kami ambil sebagai bukti kekuasaanNya. MashaAllah….

Kami ditemukan dgn sahabat ibu saudara kami, jirannya di Kg Baru Sg Terap, Batu Gajah – Puan Maznah binti Yan yg dilahirkan pada 9 Jan 1954. Kini berusia 69 tahun. Memiliki 6 orang anak & beberapa org cucu. Kecil molek orangnya. Wajahnya tenang, cool & tak banyak cakap tapi mudah didekati.

Itu kali pertama kami bertemu dengannya dan disuruh memanggilnya Aunty Maz.

Aunty Maz disahkan sebagai penghidap kanser usus dan mendapat rawatan di Hospital Ampang/Selayang. Selain itu, dia juga ada penyakit darah tinggi, kencing manis & sakit-sakit yg lain.

Pernah duduk di wad kanser selama 2 tahun. Rawatan demi rawatan, akhirnya doktor membuat keputusan membuang usus demi mengelakkan dari sel-sel kanser terus membiak dlm tubuhnya. Dia selamat menjalani pembedahan.

Suatu hari sekitar tahun 2019, Aunty Maz berada dlm keadaan kritikal. Jantungnya berhenti berdetak. Doktor berusaha melakukan pelbagai cara utk menyelamatkan nyawanya.

Alat bantuan jantung digunakan utk mengepam semula jantungnya… dua kali didada dan dua kali lagi di tapak kaki… Jantung tidak memberi apa-apa respon….

Innalillahiwainnailaihirojiun…..

Aunty Maz tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti. Tiada lagi detakan. Doktor di Hospital Ampang mengesahkan kematiannya pd usia 65 tahun. Setelah semua prosedur dilakukan, jenazahnya dimasukkan ke dlm peti mayat dan disorong ke lift oleh beberapa orang pekerja utk dibawa ke bilik mayat.

Kejadian luarbiasa utk akal manusia namun kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya!

Cerita dari dalam peti mayat…..

Bila Allah berkehendak, takde apa yg mustahil. Miracles do happen. Tiba² jantung Aunty Maz berdetak semula. Matanya perlahan-lahan terbuka tapi yg dilihatnya cuma gelap. Kiri kanan semuanya gelap. Langsung tiada cahaya. Dia tertanya-tanya “kat mana aku ni? Dah la gelap, sempit pulak”.

Telinganya mengesan bunyi bising dari luar & terasa dirinya disorong. Dia rasa tubuhnya lemah & kaku tak berdaya…
Dgn sepenuh kekuatan, dia cuba mengangkat tangannya. Gagal. Dia cuba guna jari-jarinya utk mengetuk dinding peti. Cuba berkali-kali walaupun sangat lemah tapi penuh harapan agar ada yg mendengar ketukannya.

Situasi diluar peti, ada beberapa pekerja hospital sedang menyorong peti mayat tersebut masuk ke lift utk dibawa ke bilik mayat yg sejuk lagi sunyi & sepi.

Tanpa kecewa Aunty Maz terus mengetuk dgn lemah. Pada ketika itu, Allah takdirkan salah seorang dapat mendengar ketukan yg lemah itu…. Benarlah, tidak ada satu usaha pun yg sia-sia pd pengiraan Allah selagi kita berharap hanya kepadaNya. MashaAllah.

Tiba-tiba peti mayat dibuka, Aunty Maz terus nampak sesosok tubuh lelaki India berbadan besar yg memandang tepat ke wajahnya dgn penuh kehairanan!

MashaAllah, Tuhan kembalikan rohnya ke dalam tubuhnya. Dia bernyawa semula. Itulah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah yg boleh mematikan yg hidup dan menghidupkan semula yg mati.

Aunty Maz disorong terus ke ICU utk rawatan selanjutnya…

Waktu berita ini saya dengar ditelinga saya semalam, Aunty Maz sudah pun berusia 69 tahun. 4 tahun selepas peristiwa “mati hidup semula”

Asbab dari diduga dgn kematian yg sementara, semua penyakit dlm badan Aunty Maz – darah tinggi, kencing manis & kanser hilang semuanya. Dia disahkan sihat tanpa ada satu penyakit pun.

Allahu Akbar. Tabarakallah….

Setelah mati hidup semula & sihat, Aunty Maz dikurniakan ilham & kekuatan utk membina sendiri rumahnya di Kg Baru Sg Terap, Batu Gajah. Walaupun mengambil masa 2 tahun utk mendirikan bangunan rumahnya, dibuat secara perlahan² mengikut kemampuan fizikal & kewangan, akhirnya rumah itu siap utk didiami. Rumah setingkat dgn dua bilik.

Itulah bukti kehebatan Allah. Kami dilorongkan utk melihat sendiri seorang hamba Allah yg diberi ujian berat utk beroleh rahmat Allah yg Maha Agung.

Maznah binti Yan adalah insan terpilih utk menjadi bukti kekuasaan Allah. Pada wajah yg tenang itu, terlihat menyimpan sebuah pengalaman yg cukup hebat & luarbiasa. Mustahil pd akal manusia namun tidak pd Allah Tuhan Yg Maha Berkuasa.

Semoga Aunty Maz terus sihat & tenang melalui kehidupannya dan beroleh rezeki dari semua pintu-pintu rezeki.
Aamiin Ya Rabbal’alaamiin.

Terimakasih Aunty Maz kerana berkongsi pengalaman yg sangat berharga.

Istimewanya dinner kami malam tadi – sajian makanan dimasak oleh org yg pernah mati tapi hidup semula. Indahnya nikmat kurniaan Ilahi buat kami.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

‘Sepatutnya owner apartment ni dah untung gila-gila kalau jual, tapi sekarang berdepan risiko turun harga. Puncanya memang tak terjangkau dek akal’
Yang HALAL MENJADI HARAM. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan’
‘Nak cerita sikit kat hampa budak-budak baru nak kenai dunia ni. Cina mana yang sewa bendang Melayu 100-200 relong? Nak tengok sikit’