‘Selepas 3 tahun, pembeli datang dgn penyata tunggakan IWK. Ribuan kena bayar. Sebelum tukar nama, pastikan takde hutang lapuk yang menyebabkan kita terpaksa tanggung’

Satu lagi masalah yang selalu kami hadapi ialah benda alah ni. Indah Water Konsortium.

Bila tanya penjual, katanya takde, tak pernah ada. Dengan penuh yakin.

Kami suruh dia pergi semak dengan IWK, katanya kenapa nak semak kalau benda tu dia dah tahu takde?

'Selepas 3 tahun, pembeli datang dgn penyata tunggakan IWK. Ribuan kena bayar. Sebelum tukar nama, pastikan takde hutang lapuk yang menyebabkan kita terpaksa tanggung'

Lalu kami kata, takpe, biar kami semak tapi ada bayaran guaman kena bayar sikit, katanya dia taknak bayar. Sebab dia yakin, dia sebagai owner rumah tau la takde IWK.

Kami pun memang pernah lalui kalau rumah sesebuah atas tanah lot, memang takde bil IWK.

Lalu kami bagi dia tandatangan surat akujanji akan bayar IWK sekiranya ada tunggakan. Dia sain.

Semua selesai.

Selepas 3 tahun, pembeli datang dengan penyata tunggakan IWK. Ribuan kena bayar. Sebahagiannya adalah semasa penjual memiliki harta tersebut.

Kami tanya pembeli, mcmmana you dapat penyata ni? Katanya sampai rumah.

Kami tanya lagi, kenapa penyata ni atas nama you? Bukan nama penjual dulu? Katanya dia dah buat tukar nama sdiri selepas dapat perjanjian jual beli dari kami.

Kami tanya lagi, kenapa tak semak dulu kalau ada tunggakan? Kenapa terus buat tukar nama kalau ada tunggakan? Katanya dia mana tahu.

Skrg, mana nak cari penjual tu lagi?

IWK bukan mcm air atau api yg boleh dipotong² meternya utk tukar nama. IWK adalah saluran pembetungan yg bersambung dgn premis lain, tak boleh dipotong² mcm tu je.

Dulu IWK boleh bertolak ansur, dia kira ikut masa SNP, yg mana penjual kena bayar & yg mana pembeli yg kena bayar.
Tapi skrg mereka dah tukar prosidur. Siapa pembeli terkini, dialah yg kena tanggung.

Dan info terkini, mulai 2023 bayaran bulanan dah naik dari RM8 ke RM10 utk rumah kediaman.

Jadi, apa² perkara sekalipun, sblm tukar nama, pastikan takde hutang lapuk yg menyebabkan kita terpaksa tanggung.

BACA :

‘Sepupu meracau selepas balik dari tengok jenazah ‘Mat rempit’, otak berkecai rempuh belakang lori’
Ini harga LV original di Jepun, jauh lebih murah berbanding Malaysia, siap jual longgok!
‘Hujung tahun 2020, neraka hidup aku bermula. Aku dengar suara lelaki setiap kali guna telefon. Rupa-rupanya…’