Semalam entah macam mana boleh terjoin live KA, rupa-rupanya ini rahsia dia untuk berjaya macam sekarang’

Semalam entah macam mana terjoin live KA pasal macam mana nak jadi Content Creator. Banyak ilmu yang dia sampaikan tapi ni point yang saya dapat.

1. Sentiasa upgrade skill baru

Sentiasa upgrade skill. Kalau dulu pandai edit video je, belajar buat live pulak. Kalau dah pandai buat live, belajar menulis pulak. Dah menulis belajar skill lain pulak. Sentiasa upgrade ilmu untuk kekal lama dalam industri.

Semalam entah macam mana boleh terjoin live KA, rupa-rupanya ini rahsia dia untuk berjaya macam sekarang'

2. “Content economy”

Trend sekarang ramai content creator ada business sendiri. Ini dinamakan “content economy”. Kalau dulu content creator letak iklan kat konten dia untuk dapat duit, lepas tu evolusi promote produk orang, sekarang content creator promote produk sendiri pulak. So belajar buat content, bukan sekadar untuk viral je, tapi untuk generate economy. Sekarang ni, klinik gigi pun buat content oih.

3. Belajar tak semestinya dengan mentor/coach

KA tak ada mentor/coach. Tak salah nak bayar mentor untuk belajar, tapi jangan tunggu mentor suap baru nak belajar. Kena sentiasa proaktif untuk belajar, gunakan internet dan segala sumber yang ada sebaiknya.

4. Public Relations (PR)

PR ni sangat penting. Especially kalau masa tu kita stress, tetiba ada orang nak bergambar dengan kita. How we respond matter. Sat g orang cakap kekwat hah sudah. Belajar macam mana “bawa diri”.

5. Build audience

Jangan gopoh berhenti kerja sebab nak jadi content creator. Build audience dulu. Nak build audience ni ambil masa lama, boleh makan tahun. Sabar dan konsisten. Kalau ada kerja hakiki, boleh je create content pada waktu malam lepas kerja.

6. Be selective bila ambil paid review

Bila dah viral, jangan accept semua offer review. Kalau review semua benda contoh masakan, travel, gajet, skincare, baju, nanti benda tu lama-lama kurang impak pada audience. Sebab semua pun kita sapu. Benda ni jugak boleh impact kita punya personal branding juga, sebab sponsor semestinya ada cara yang dia nak kita buat review. Bila dah terikat, kita boleh hilang personal branding kita sendiri.

7. Be knowledgable

Dapatkan ilmu tak semestinya tentang niche kita, tapi apa-apa je. Dengan cara ni kita boleh nampak general trend & apa yang berlaku di dunia.

8. Ada niche (1-2 cukup)

Jangan gopoh nak niche banyak-banyak. Masak pun dia, gajet pun dia, travel pun dia, baju pun dia, eh semua dia lah. Benda ni impak dia orang susah nak ingat kita. Contoh mudah, cakap pasal Jepun, teringat Zunita. Eh

9. Beri value

Make sure content kita tu beri value la kat audience. Beri value tu maksudnya beri nilai. Macam bagi ilmu resepi ke, bagi ilmu editing ke, bagi nilai rasa humor ke.. apa-apa saja.

10. Networking

Sentiasa kembangkan networking. Kalau pergi event tu, jangan click dekat 1 group je, mingle around jumpa orang-orang baru. Dan kalau dah ada peluang tu, ambil peluang sebaiknya.

Extra:

– untuk elak writer’s block, setiap hari sentiasa generate 10 idea baru konten. Contoh, 10 idea resepi sambal, 10 travel tips murah ke Jepun, 10 tricks nak dapat skincare cantik.

Kalau sehari ada 10 idea, sebulan dapat 300 idea, setahun dapat 3600 idea. Idea-idea ni share la kat kawan-kawan, jangan kedekut idea.

Tak rugi pun share kat kawan, kawan dapat idea, kita dapat tajamkan minda untuk generate idea baru.

Thank you KA.

Sharing yang sangat bermanfaat. Saya kongsikan di sini juga untuk manfaat semua. InshaAllah

BACA :

‘Saya hanya keluar sekejap pergi ke kedai’, isteri sempat adakan hubungan sulit dalam bilik air dengan kawan suami
Peniaga tidak menyesal tinggal kerja, niaga kuih cek mek molek lagi untung
‘Kerana mulut badan binasa’ Salman Khan perkuat kawalan keselamatan sejurus terima ancaman bunuh