Semalam …kawan2 arwah hantar beg baju yg dia bawak masa nak ride ke Tganu. Aku ambik dulu…tak bagi bini aku bukak… kalau dia yg bukak pasti dia akan meraung2.
Masa bini aku dah masuk tidur…. aku kuatkan hati utk bukak… yelah..aku ni lelaki..bapa..mesti tabah
aku ni mmg susah nak keluar air mata.
Aku kuatkan semangat utk buka… bila aku buka zip beg… satu persatu aku keluarkan barang dia….
Allahuakbar…
Tanpa dirasa…air mata aku bercucuran mengalir deras.
Aku masih tak kuat ..
Setiap helai pakaian yg aku bawa keluar… makin laju air mata aku keluar….
Takpe lah…aku puaskan diri aku utk menangis sendirian dgn harapan biar air mata aku kering supaya tiada lagi air mata keluar utk hari2 mendatang.
Hajat anak aku nak bersama merasai kemeriahan RXZ member utk kali pertama tidak kesampaian. Walaupun aku mmg melarang keras utk dia pergi….
Dia tetap nak pergi..
tapi dia memujuk melalui bini aku…yg dia akan pergi menaiki kereta..motonya akan dibawa oleh orang lain.
Aku pun gembira sbb dia pergi tumpang kereta kawan..
Allahuakbar
Rupanya dia mungkir janji….
Dia bawa motor dari mula hingga ke akhir hayat dia….
Ketentuan Allah itu pasti..
Seminit tak kurang
Seminit tak lebih…
Anak aku kecundang di perjalanan kerana kesilapan manusia lain.
Aku Redho dgn ketentuan itu…
Aku akur dan berserah dgn ujian yg telah diberikan..
Cuma aku tak cukup kuat…
Aku tak cukup kuat utk menerima kenyataan yg dia sudah tiada….
Ya Allah..aku pohon..pada mu ya Allah…kau buangkan lah secepatnya rasa rindu aku pada dia…… biar aku tenang menempuh hari esok tanpa dia bersama keluarga aku lagi.
RXZ members
Yang Kental …Pasti Sampai.
Anak aku Kental…tapi dia tak Sampai…!!
Dia hanya sampai ke destinasi lain…
Destinasi terakhir dia di Alam Dunia.
Innalillahiwainailaihirojiun
Tenanglah wahai anak ku.
Damailah engkau disana di dunia baru mu.
Semoga Allah permudahkan urusanmu disana
Selamat tinggal Anak..
Selamat Tinggal Ahmad Emir Danial
Semoga kita dpt bersama lagi di dalam alam yg Abadi.
AlFatihah (dibaca)
BACA :