Ada satu cerita menarik dekat PJ. Apartment yg dah berusia 38 tahun tapi sekarang berdepan risiko turun harga.
Puncanya memang tak terjangkau dek akal.
Sea park apartment. Completed 1985. Harga masa tu Rm70k.
Sepatutnya owner apartment ni dah untung gila2. Tapi sekarang median price RM345k dan kemungkinan besar akan kekal turun harga setiap tahun.
Puncanya simple.
Hakmilik strata cuma betul2 tapak bangunan sahaja. Dekat mana blok bangunan tu berdiri itu lah dia hakmilik strata.
Kawasan common area yg lain macam petak parking, jalan raya, loji kumbahan dan lain2 bukan termasuk dalam hakmilik strata. Masih kekal hakmilik pemaju.
Memang itu undang-undang masa tu.
Sekarang hakmilik strata semua dah include common area dan semua fasiliti.
Benda ni jadi loop hole tuan2.
Bila ada loop hole ni, ada pihak ambik kesempatan.
Beberapa lot tanah yg masih milik pemaju ni dijual dekat satu private entity.
Kesannya,
Yg duduk situ tak ada tempat parking dan semua common area termasuk jalan access masuk tak boleh digunakan. Sampai satu tahap ada barrier batu dekat pintu masuk.
Nak parking kena bayar Rm5000.
Kalau nak access, kena bayar. Kalau JMB nak beroperasi kena bayar.
Nak acquire balik tanah common area dan petak parking kena bayar Rm1.5mil.
Sudahnya sekarang Sea Park Apartment tak ada badan pengurusan.
Loji kumbahan, tempat sampah, security semua tak ada. Maintenance out.
Benda ni jadi punca market value turun. Nak jual susah. Silap2 memang tak boleh nk jual.
Sy sendiri tak jangka boleh sampai macam tu sekali. Betul2 tak berhati perut.
Owner semua memang tak sangka rumah yg sebelum ni steady naik harga tiba2 boleh drop price.
Sebelum ni boleh hidup tenang tiba-tiba dah tua nak kena hadap isu yg mengarut.
Bagi sy, ini game pondan. Nak acquire tanah nak buat development tapi taknak keluar modal banyak.
Taknak bayar pampasan banyak dekat owner. Biar market value drop gila2 baru nak start take over untuk new development.
Persatuan penduduk situ dah cuba fight. Tapi memang susah nak menang sebab bairait benda tu memang loophole.
Penjualan tanah common area dan carpark kepada private entity tu memang valid.
Sekarang ni diorang masih keep on fighting. Kes ni dah drag terlampau lama.
Tapi suara mereka ni tak didengar.
Kisah ni belum jadi bualan orang.
Spread the words guys.
Kita sama2 bantu penduduk Sea Park Apartment. Support perjuangan mereka.
Pastikan yang dikejar dapat, yang dikendong masih dekat tangan.
BACA :