‘Setelah 3 tahun bergelar superhost di Airbnb, ini kali pertama kami mengalami keadaan yang seperti ini. Guest kami perempuan dan cantik orangnya..’

Saya nak share sedikit pengalaman saya setelah hampir 3 tahun bergelar superhost di Airbnb. Setelah hampir 3 tahun, ini kali pertama kami mengalami keadaan yg seperti ini. Guest kami perempuan dan cantik orangnya.

Guest kami menyewa selama 3 bulan. Dan hari ini, beliau checkout. Untuk 3 bulan ni, kami menyediakan servis cleaning sebulan skali.

Ini untuk keselesaan guest dan juga untuk melihat keadaan rumah. Yelah, sebab guest duduk lama, so ini la cara untuk kita monitor keadaan unit kita.

So bila setiap kali buat cleaning, cleaner saya ada ambil gambar sekali, keadaan unit kami mmg agak teruk. Sampah merata2. Pinggan tak di basuh. Mau sebulan tak basuh pinggan.

'Setelah 3 tahun bergelar superhost di Airbnb, ini kali pertama kami mengalami keadaan yang seperti ini. Guest kami perempuan dan cantik orangnya..'

May be an image of indoors

No photo description available.

Sinki penuh sisa makanan. Jadi kami berikan teguran kali pertama. Dan bila cleaning service kali ke 2, keadaan hampir sama. Mungkin elok sedikit sahaja. Jadi kami memberi teguran dan berharap beliau akan menjaga kebersihan.

Jadi sebelum sebelum check out, sekali lagi kami berikan check out instructions, dan sekali lagi kami ingatkan supaya tinggalkan rumah seperi keadaan ketika dia check in.

Tapi bila kami masuk untuk buat cleaning, keadaan rumah tak seperti yg kami harapkan. Keadaan sgt2 teruk. Sampah merata2.

Pinggan penuh di sinki. Sisa makanan di dalam peti ais. Tuala wanita dan sampah tak di buang. Sedih tengok keadaan rumah.

Tapi disebabkan kami deal through Airbnb, kami dijaga di bawah host insuran sekiranya ada masalah seperi kerosakan atau rumah yg ditinggalkan kotor. Kami terus hubungi pihak Airbnb, dan memberikan segala bukti gambar dan video.

First sekali, pihak Airbnb akan menghubungi guest, untuk minta claim. Tapi guest kami declined untuk membayar. Jadi pihak Airbnb sendiri yg akan membayar kepada kami ikut kepada estimation cost yg kami berikan kepada Airbnb.

Tak smpai 4 jam selepas report, pihak Airbnb telah membuat bayaran kepada kami untuk kos2 pembersihan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Jadi, kepada yg ada bisnes homestay, mmg saya sarankan, register bawah Airbnb ni. Host akan dilindungi dengan insuran. Dan feedback dari pihak Airbnb sangat effective.

Dan untuk guest sebegini, review telah kami berikan, dan berharap supaya tidak terkena kepada Host homestay yg lain. Dan pihak Airbnb akan follow up perkara ni, dan akan banned guest dari Airbnb.

Inilah keadaan owner homestay. Tak semuanya indah. Tak semuanya untung. Macam-macam ragam Guest. Tak dinafikan, 90% kami punye guest sangat bagus dan memahami.

Kadang2 guest mengaharapkan servis seperti hotel. Tapi bayaran nakkan murah seperti homestay. Inilah lumrah.

Semoga homestay kami seperti sedia kala sebelum next guest masuk hujung bulan ni.

BACA :

‘Anak lelaki tolonglah keluar dari rumah mak ayah bila dah kahwin kalau taknak perkara ni berlaku’
‘Sebab apa rumah dia boleh kena lelong? Padahal penyewa bayar ‘ontime’ setiap bulan. Rupa-rupanya ini punca sebenar..’
Ramai tak tahu kelebihan penggunaan lampu kuning berbanding lampu putih