Video ucapan hina Sultan sudah tersebar, Sanusi dakwa diputarbelit pula

Video ucapan hina Sultan sudah tersebar, Sanusi dakwa diputarbelit pula

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menggunakan politik murahan untuk ‘membunuh’ karakter beliau sebagai pemimpin politik pembangkang.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu mendakwa, ucapan beliau dalam ceramah telah diputar belit pihak tertentu bagi mengheret orang ramai supaya memahami ucapan tersebut secara salah untuk meraih kepentingan politik PH-BN.

Menurutnya, tidak ada walau sepatah pun ucapan berkenaan memberi maksud menghina Sultan Selangor seperti yang didakwa.

Video ucapan hina Sultan sudah tersebar, Sanusi dakwa diputarbelit pula

“Pemahaman mereka yang salah itu mahu dipaksakan ke atas orang lain semata-mata untuk raih laba politik daripada isu tersebut sambil ‘membunuh’ saya.

“Semua orang melompat masuk dalam satu isu yang mereka reka sendiri daripada plot 3R (agama, kaum, institusi raja),” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Setakat Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 31 laporan polis di seluruh negara membabitkan kenyataan Muhammad Sanusi yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Sehubungan itu, polis telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu pada Rabu.

Muhammad Sanusi percaya, strategi larangan menggunakan isu 3R ibarat tembok yang sengaja dibina untuk melindungi pemimpin politik lawan secara ‘reverse strategy’, bukan melindungi aspek sebenar 3R.

BACA JUGA:Lagi laporan Polis dibuat terhadap Sanusi, kali ini berkaitan dakwaan perasuah