Pasangan penyanyi terkenal, Alyah, dan pemuzik terkenal, Datuk Ramli Ms, pernah menggemparkan Malaysia dengan pengumuman perkahwinan mereka,
Meskipun mendapat kritikan disebabkan jarak umur yang besar. Walau bagaimanapun, rumah tangga yang awalnya dilanda cabaran akhirnya mencapai kebahagiaan.
Alyah berkongsi pandangannya ketika menjawab pertanyaan netizen semasa sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menurut Alyah, untuk mencapai keharmonian dalam rumah tangga, penting untuk menukar niat dari mencintai pasangan kepada mencintai Allah.
“Saya sentiasa berdoa, dan siapa sangka rumah tangga yang awalnya penuh dengan cabaran seperti ribut taufan dan tsunami akhirnya mendapat kebahagiaan dan keharmonian, all thanks to Allah.”
“Kenapa? Pertama sekali, kita mungkin bermula dengan niat untuk mencintai pasangan, tetapi apabila diuji dengan pelbagai masalah, itu sebenarnya tanda dari Allah untuk kita kembali kepada-Nya.”
“Ambil tindakan, tukarkan niat itu. Daripada hanya mencintai suami seolah-olah nyawa ini bergantung padanya, lebih baik mencintai Allah. Saya mengubah arah itu, setiap hari mendalami ilmu dan mengurangkan penggunaan media sosial. Akhirnya, kebahagiaan itu datang.”
Alyah juga menekankan bahawa dia mengambil pendekatan untuk tidak selalu berkongsi hal peribadi rumah tangga di media sosial.
“Saya tahu apabila terlalu banyak berkongsi tentang kehidupan rumah tangga di media sosial, tidak semua orang akan menyukainya, dan akan ada yang tidak puas hati. Keharmonian dalam rumah tangga lebih penting.”
“Tidak perlu menceritakan segalanya kepada orang ramai. Saya sendiri pernah membuat kesilapan itu, dan kesilapan itu telah mengajar saya. Tidak perlu mengulangi kesilapan tersebut, terutamanya apabila umur semakin meningkat.”
Alhamdulillah, kita mendoakan agar ikatan perhubungan Alyah dan Datuk Ramli Ms terus kukuh hingga ke syurga.
BACA: Ingatkan berebut isteri, rupanya 2 lelaki bergaduh berebut pengecas kereta EV