‘Sihir akhir zaman… Orang tu berjoging dekat stadium tadi. Dia pakai singlet putih dengan tracksuit putih’

Sihir akhir zaman…

Kisahnya hujung minggu lepas aku membawa family ke stadium Kuala Selangor untuk berjoging.

Alhamdulillah tak ramai orang pada ketika tu. Baru kami anak beranak berlari 2 pusingan trek, isteri aku minta untuk berehat seketika.

'Sihir akhir zaman... Orang tu berjoging dekat stadium tadi. Dia pakai singlet putih dengan tracksuit putih'

Alasannya dia merasai seolah ada sesuatu hawa yg pelik sehingga tekaknya terasa loya.

Lebih kurang jam 10.30 malam, isteri aku mengadu kesejukan. Tubuhnya menggeletar walaupun berselimut tebal. 2 biji panadol soluble dah makan, supp diclofenac pun dah ambil tapi keadaannya semakin teruk.

Selepas mengesyaki ianya bukan demam biasa, aku buatkan air penawar. Baru beberapa teguk minum, tidak semena-mena isteri aku menjerit kuat dengan suara garau seperti seorang lelaki.

” Aku nak bini kau !!!! ”

” Engkau ni siapa? Kenapa engkau nak bini aku pulak ? ” balas aku

” Dia bini aku !!! ” jawab jin yg merasuki isteri aku sambil ketawa berdekah-dekah.

” Bila masa dia jadi bini engkau ni? Lebih baik engkau lepaskan dia sebelum aku hilang sabar ! ” balas aku sambil memandang tepat pada mata isteri yg terbeliak tidak berkelip.

Setelah hampir setengah jam meruqyah isteri, jin yg merasuki bertambah berang & cuba memukul aku.

Aku terus merebahkan isteri dan menikam telapak kaki kirinya dengan tanduk rusa kecil pemberian dari Almarhum Paksu. Jin yg merasuki meraung kesakitan sehingga pengsan.

Apabila tersedar, isteri aku muntah lendiran pekat bercampur ketulan seperti najis haiwan. Setelah semuanya selesai, aku meminta isteri untuk menjejaki jin yg mengganggu dirinya melalui ragasukma.

” Dada, orang tu berjoging dekat stadium tadi. Dia pakai singlet putih dengan tracksuit putih. Rambut lurus badan gempal sikit..”Beritahu isteri

” Ya..ya..Dada ada perasan lelaki tu baru datang, lari sekejap sebelah Dada, tiba-tiba dah hilang..x pe, malam ni Dada standby..Mama tidur dulu ye..dah pukul 2 lebih sekarang.

Tepat jam 3 pagi aku tersentak kerana isteri tiba-tiba bersuara dalam keadaan masih lagi tidur.

” Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..aku Syeikh Abdullah. Engkau jangan takut, aku bukan syaitan.

Aku datang hanya untuk membantu. Lelaki yg ganggu cucu aku tadi orang jahat. Dia guna ilmu hitam untuk merosakkan orang..aku dah patahkan ilmunya. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa aku..”

” Apa yang lelaki tu nak sebenarnya ? ” balas aku melayani Syeikh Abdullah

” Dia saja nak merosakkan orang. Dah ramai yg kena. Dia tak boleh tengok kalau nampak orang tu bahagia..dia rasa keluarga engkau sempurna..ada rupa dan harta..” Syeikh Abdullah

” MasyaAllah..tak betul tu..aku ni orang biasa saja..tak sempurna mana..Alhamdulillah cukup apa yg Allah SWT bagi..” Aku

” Engkau jangan pergi lagi ke sana..” Syeikh Abdullah

” Kenapa pula? Aku cuma bawa anak isteri pi berjoging saja..” Aku

” Kalau nak berlari, di rumah pun boleh. Jangan terlalu dedahkan keluarga engkau di luar. Kalau tak ada urusan penting, duduk saja di rumah.

Ramai orang di luar sana sekarang berkelakuan pelik-pelik. ” Syeikh Abdullah

” InsyaAllah..boleh aku tanya engkau ni ada keluarga tak ? ” Aku

” Ya, aku ada keluarga. Aku bukan datang kerana disuruh. Kalau cucu aku dalam bahaya, aku akan datang membantu. Aku tahu aku tak ada kuasa apa-apa pun melainkan Allah SWT, tapi aku hanya berusaha.

Engkau pun ada yg menjaga. Tapi aku hairan mereka hanya melihat saja. Tak buat apa-apa..” Syeikh Abdullah

” Tak apalah Syeikh..Berprasangka baiklah kita pada sesama makhluk..setiap sesuatu kejadian itu bukanlah atas kehendak kita tapi kehendak Allah SWT jua.

Kalau engkau dari bangsa jin, ingatlah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Az Zariyat, ayat 56..وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ …ertinya :

Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu..kita sama makhluk kasar yg boleh meningkat ilmu dan amal..tapi semuanya akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. ” Aku

” MasyaAllah..engkau orang berilmu. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa kita. Sebelum aku pergi, aku ingin meminta tolong pada engkau. Tadi aku dah patahkan ilmu sihir orang tu.

Aku dah jadikan isteri engkau seolah-olah seperti mayat untuk memperdaya jin yg mengganggu isteri engkau. Kalau boleh selepas subuh engkau mandikan dia ibarat mandikan jenazah.

Tubuhnya akan sakit dan lemah esok pagi. Sampaikan pada isteri engkau..janganlah dia mendoakan buruk pada orang yg telah menzalimi dirinya. Doakan yg baik-baik saja. Allah SWT tu Maha Adil…” Syeikh Abdullah

” InsyaAllah…semoga engkau sentiasa dalam rahmat kasih sayang dari Allah SWT. Pulanglah engkau..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…” Aku

” Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh…” Syeikh Abdullah

Keesokan harinya isteri aku kelihatan tidak bermaya dan sakit seluruh badan seperti apa yg diberitahu Syeikh Abdullah. Anehnya menurut isteri aku, beliau bermimpi telah meninggal dunia pada malam itu.

Perutnya masih terasa berbisa. Setelah aku berikan air campuran herba cabe jawa dan minyak zaitun, beliau terus cirit-birit beberapa kali. Alhamdulillah pada sebelah petangnya beliau kembali pulih seperti sediakala.

Benarlah kata guru, benteng terakhir pada akhir zaman adalah rumah kita sendiri…

BACA :

Lima pelakon, pengarah filem dicekup polis didakwa hasilkan filem lucah
‘Rumahtangga saya bahagia hanya seminggu.. Suami kuat judi, setiap kali solat Jumaat dia ponteng’
‘Aku hairan nuh, duduk keliling pokok padi tapi tadak beras. Tapi jawapan dia bagi buat aku terdiam..’