SIMBOL KEKAYAAN BARU?
1. Khairul Ameng sedang beri pengajaran baru buat kita dan semua pengusaha berjaya.
2. Ramai orang beranggapan berjaya itu harus ada Lamborgihini Huracan atau Ferarri SF90 bukannya Bezza produa terkini.
3. Dia kumpul aset dan besarkan peniagaan dengan tambah kilang, bukan tambah hutang.
4. Dia tambah jumlah pekerja diam diam, bukan tambah bini bila berjaya ada Tesla sebiji.
5. Dia tinggalkan pesan pesan yang baik buat adik adik SPM bila berjaya menang anugerah baru baru ini.
6. Dia tetap beranggapan bahawa pendidikan tetaplah sesuatu yang baik bukan rugikan mak bapak bagi duit.
7. Dia tak pamerkan apa yang dia ada, melainkan nilai baik dengan mendaki gunung dan ada anjing ikut bersama.
8. Dia tidak hasilkan konten sampah yang menghasilkan kecaman untuk lariskan jualan sambal nyet yang ada.
9. Dia faham mana aset mana liabiliti dalam era dan permulaan perniagaan. Dia tahu apa matlamat yang perlu dia kejarkan.
kawan kawan,
Pesan pesan baik buat kita faham, bagaimana berniaga dan jadi pengusaha yang baik.
Saya dah jumpa pengusaha timbang kilo yang dulu nampak kaya raya, kini semuanya dah tinggal kenagan indah sahaja.
Berniagalah dengan baik,
Jadilah kaya dengan baik,
gelombang ekonomi kali ini panjang, kita hanya akan nampak siapa yang mampu bertahan.
Tahniah Meng! lu memang lejen.
PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM
BACA :