SPR tak yakin dengan keputusan PRK Parlimen Pulai, masih adakan perbincangan

SPR tak yakin dengan keputusan PRK Parlimen Pulai, masih adakan perbincangan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas 10 pagi ini bagi membincangkan urusan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.

Mesyuarat di Menara SPR Putrajaya itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, bagi membincangkan urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya terbabit.

SPR tak yakin dengan keputusan PRK Parlimen Pulai, masih adakan perbincangan

Pada 25 Julai lalu, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam selepas ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Salahuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor pada 24 Julai.

BACA JUGA:

Hanya kerana satu besi kereta mewah milik gadis rentung, duit RM6,000 jadi abu

Calon PN Baddrol Bakhtiar kongsi biodata diri tapi netizen persoal tentang pendidikan, “Tak sekolah ke? Tanya je sebab…”

‘Kerana mulut badan binasa’ Salman Khan perkuat kawalan keselamatan sejurus terima ancaman bunuh