SPRM tak berhasrat perkenal garis panduan pemberian bantuan dalam PRN

SPRM tak berhasrat perkenal garis panduan pemberian bantuan dalam PRN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat mewujudkan garis panduan baharu berhubung pemberian bantuan semasa pilihan raya, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan pemakaian kamera badan (BWC) dan jaket SPRM di sini, hari ini, beliau berkata, ini kerana, peruntukan ‘do and don’t’ berkaitan pilihan raya adalah jelas termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SPRM tak berhasrat perkenal garis panduan pemberian bantuan dalam PRN

“Ada undang-undang, Seksyen 10 di bawah akta itu jelas tentang do and don’t yang perlu dipatuhi oleh setiap calon pilihan raya,” katanya mengulas cadangan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, supaya satu garis panduan khusus dikeluarkan berhubung pemberian bantuan semasa pilihan raya.

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, garis panduan terbabit penting supaya semua pihak mengetahui bentuk bantuan yang dibenarkan sepanjang pilihan raya.

Ditanya berkaitan perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada 12 Ogos, Azam berkata, setakat ini SPRM belum menerima apa-apa laporan berkaitan rasuah.

“Ikut pengalaman lalu, kami sudah buat pemerhatian, biasa sehari dua belum ada lagi (laporan berkaitan rasuah),” katanya.

SPRM melancarkan tujuh bilik gerakan sempena PRN dan PRK iaitu di Ibu Pejabat SPRM Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu yang akan beroperasi selama 24 jam bermula 29 Julai sehingga 12 Ogos

BACA JUGA:

Polis buru suspek pecahkan dinding kacak Pejabat Agung PAS

Liverpool mudah tundukkan Leicester

Baddrol Bakhtiar dipertikai tiada bakat dalam politik