Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia dengan harga tawaran tak masuk akal!

Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia dengan harga tawaran tak masuk akal!

Setelah menjadi bualan hangat, kini Starlink secara rasminya sudah tersedia di Malaysia dan pengguna sudah boleh menempah kit jalur lebar satelit Starlink. Dengan servis jalur lebar satelit menerusi SpaceX ini bakal menjanjikan capaian berkelajuan tinggi berbanding jalur lebar tradisional.

Menerusi laman rasmi Starlink Malaysia, servis satelit ini bakal membekalkan kadar muat turun sepantas 100Mbps pada harga RM220 sebulan tanpa terikat kontrak. Bagaimanapun, anda perlu membeli peralatan satelit Starlink secara berasingan.

Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia dengan harga tawaran tak masuk akal!

Berdasarkan kenyataan laman Starlink, pengguna mencuba servis satelit tersebut selama 30 hari dan boleh meminta refund sepenuhnya dengan memulangkan semula peralata satelit yang dibeli.

Starlink bakal menawarkan dua pilihan peralatan di Malaysia iaitu standard dan high performance. Untuk pilihan standard, anda boleh dapatkan pada harga RM2,300 yang mana lebih sesuai untuk kegunaan seharian.

Bagi tujuan komersial dan perusahaan, anda boleh pertimbang pilihan high performance yang mana lebih tahan lasak dan pantas dengan harga RM11,613.

Dalam pada itu, pengguna boleh menjangkakan kelajuan muat turun pada kadar 25Mbps hingga 100Mbps dan kadat muat naik sekitar 5Mbps hingga 10Mbps untuk pelan jalur lebar tetap biasa. Perlu diketahui, jalur lebar mempunyai had bandwith bagi memastikan semua pengguna boleh menikmati kadar internet yang sama.

Jika anda memerlukan akses kepada bandwith tanpa had , maka terdapat pilihan pelan “Priority” yang mana boleh menampung penggunaan dalam skala yang besar.

Selain itu, Starlink juga memaklumkan bahawa Malaysia menjadi negara ke-60 di dunia yang menerima servis Starlink. Sementara di ASEAN, Malaysia merupakan negara ke-2 yang melancarkan Starlink selepas Filipina. Anda boleh membuat tempahan dengan kunjungi laman rasmi Starlink bermula hari ini.

BACA JUGA:

Bank Negara Malaysia kini mampu bayar 1 kali jumlah hutang luar negeri – Rizab antarabangsa BNM mempunyai AS$111.8 bilion

Melabur RM104 juta pada MARA telah mencerminkan keprihatianan kerajaan

Banyak rungutan pelangan disuarakan tentang segelintir peniaga asal boleh, “Masak main hentam buta je tapi charge mahal”