suami dan mentua tidak berhati perut “ anak saya tidur di atas sehelai kain sahaja “
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.
Seorang wanita dikenali sebagai Marianti Manturong, 28, terpaksa bekerja sebagai petani demi membesarkan dua anaknya.
Menerusi video tular, Marianti membawa puteri sulungnya yang berusia tiga tahun serta anak lelaki berusia setahun ketika keluar bekerja.
Hanya berteduh dengan payung, anak sulung Marianti dilihat tidur di atas sehelai kain manakala si bongsu pula diletakkan di dalam buai.
“Aku gagal jadi ibu yang baik buat kalian anak-anakku. Tapi aku akan berjuang terus nak, menjadi yang terbaik,” tulisnya di TikTok.
“Ada suami, tapi tak bertanggungjawab. Kerana mentua ikut campur. Jadi suami di rumah mentua. Tak ada beri duit pun.
“Saya sendiri cari makan. Saya bekerja sejak hamil anak lelaki ketika kandungan lima bulan. Saya bertani saja. Kadang kerja ladang orang kalau ada yang panggil,” ujarnya.
Video Marianti serta anak-anaknya yang hidup dalam keadaan daif turut meraih perhatian ramai netizen.
Malah, netizen turut memberi kata-kata semangat agar Marianti terus kuat membela nasib diri serta dua anaknya.
BACA JUGA : lelaki ini membuat keranda ‘ custom ‘ bagi mayat yang ingin bergaya ketika di tanam