Suami menangis terharu tengok effort isteri beri hadiah hari jadi! Rupanya ada kisah silam dengan barang tu
MEMBAHAGIAKAN pasangan merupakan tanggungjawab suami dan isteri setelah melayari bahtera perkahwinan.
Sebagaimana dikongsikan Faranzm atau Ara, dia menghadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC V8 Fi kepada suaminya sempena sambutan hari jadi baru-baru ini.
Menerusi video pertama yang dikongsi, wanita ini menunjukkan bagaimana dia membuat persiapan awal dengan menyiapkan kejutan candle light dinner sementara menanti suaminya pulang ke rumah.
Ara membuat persiapan sebelum menyambut hari lahir suami.
Selepas selesai bersantapan berdua, tibalah saat kejutan dibuat apabila Ara menolak sebuah motosikal baharu dari dalam bilik ke ruang makan sambil mata suaminya ditutup dengan kain.
Setelah membuka kain tersebut, Ara terus menunjukkan hadiah yang berada di belakang si suami.
Melihatkan motosikal itu, suaminya menunjukkan reaksi teruja dan terkedu seolah-olah tidak percaya akan menerima hadiah tersebut.
“Sayang ni biar betul? Biar betul? Sayang seriuslah ni?” katanya suami yang mengusap air mata sambil memeluk Ara.
Dalam video susulan kedua pula, wanita ini menceritakan tentang suaminya yang masih lagi tidak percaya menerima hadiah tersebut
“Guys, ambil sajalah motor ni. Suami saya sampai sekarang asyik tanya betul ke? Ye ke?
Suami menangis kerana tidak percaya melihat pemberian si isteri.
“Happy birthday in advance suamiku. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa kuat untuk keluarga kecil kita,” katanya.
Sebagaimana kita ketahui, mendirikan rumah tangga memerlukan kos dan perbelanjaan yang besar.
Bagi kaum lelaki semestinya mereka akan berusaha mengumpul wang untuk menampung kos dan belanja melangsungkan perkahwinan.
Suka sangat tengok apabila seorang lelaki dilayan baik setelah dia menjaga pasangannya dengan baik.
Seperti diceritakan Ara menerusi kapsyen di TikTok, suaminya juga terpaksa berkorban menjual motosikal Yamaha RX-Z untuk mendapatkan wang perbelanjaan perkahwinan mereka.
“Kalau dulu awak jual motor untuk halalkan saya.
“Sekarang saya cuma mampu beri ini untuk awak cari rezeki untuk keluarga kita,” imbasnya.
Hantaran tersebut meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok setelah menjadi tular.
Komen netizen di TikTok.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu mereka apabila melihat kemanisan dalam hubungan rumah tangga pasangan ini.
“Suka sangat tengok apabila seorang lelaki dilayan baik setelah dia menjaga pasangannya dengan baik.
“Perempuan ni kalau sweet, lebih daripada lelaki ya.
“Semoga satu hari nanti dapat belikan suami saya sebuah motor untuk cari rezeki,” komen netizen.
BACA JUGA:
Tular semua penghuni flat bau pelik rupanya pemilik flat tingkat 5 bela 7 ekor lembu di balkoni
Gadis kongsi amalan penyegar wajah semula jadi, kulit wajah berseri macam wanita korea!
Koleksi lawak teka-teki bodoh tapi logik, mesti korang gelak pecah perut!