Suami pelik isteri hamil mengidam dating di Hospital, rupanya ada plot twist..

Sesetengah ibu hamil kadang-kadang melalui fasa hamil yang mendorong mereka untuk makan atau melakukan perkara pelik.

Alasan mengapa mereka merasa demikian tidak dapat dijelaskan kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana perasaan itu tercetus dalam diri.

Suami pasti akan cuba menunaikan selagi tidak sampai tahap bertentangan dengan syarak atau membebankan.

Suami pelik isteri hamil mengidam dating di Hospital, rupanya ada plot twist..

Baru-baru ini, seorang lelaki yang menggunakan akaun TikTok @imanchaiyalan berkongsi pengalaman unik isterinya yang tiba-tiba mengidam untuk dating di sebuah lokasi pusat perubatan. Pada malam tertentu, terlihat mereka berdua sudah sampai di laluan masuk Jabatan Kecemasan & Trauma untuk masuk ke dalam.

@imanchaiyalan Ada ke isteri ngidam pelik pelik gini? #isterimengidam #puterisari @Puteri Sari ♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Ketika ditanya mengenai sebab sebenar, isterinya sendiri juga merasa pelik dengan keinginan tersebut.

Untungnya, suaminya memilih untuk melayaninya walaupun biasanya seorang ibu hamil hanya mengidam untuk makan sesuatu, bukannya melakukan aktiviti aneh seperti ini.

Sejak dimuat naik semalam, rakaman pendek itu telah meraih lebih daripada 800 ribu tontonan daripada netizen TikTok yang rata-ratanya merasakan video tersebut sangat menghiburkan.

Ada juga yang mengakui bahawa mereka sendiri pernah mengalami fasa mengidam pelik dan tidak terjangka secara rasional.

Misalnya, teringin pergi ke tempat-tempat yang tidak lazim seperti Nirvana Funeral.

BACA: Ada rombongan datang rumah aku nak masuk meminang,aku jadi pelik mana dia tahu aku janda