‘Tadi saya beli air kelapa di tepi jalan, ini pertama kali saya jumpa penjual kelapa yang sebegini jujur’

Tadi saya beli air kelapa di tepi jalan berdekatan dengan rumah saya semasa dalam perjalanan pulang memandu jemput anak saya, Daniel balik sekolah.

Belakang gerainya itu ada parit, itu ‘port’ memancing tilapia. Petang-petang ramai orang memancing ikan di sini.

“Bungkus tiga dik. Tak nak gula ya” saya memesan.

'Tadi saya beli air kelapa di tepi jalan, ini pertama kali saya jumpa penjual kelapa yang sebegini jujur'

“Ais nak bang?” tanya dia.

“Nak. Dua ikat tepi, satu ikat mat1.” saya jawab.

“Eh, tembikai ni berapa sepotong?” tanya saya lagi selepas melihat ada beberapa buah potong di atas meja gerainya.

“Dua ringgit bang”

Saya kemudian ambil sepotong, bayar semua, dan terus makan sambil menunggu dia memotong kelapa.

Siap bungkusan air kelapa yang pertama, saya terus ambil dan beri pada Daniel yang sedang kehausan, dia sedang duduk dalam kereta.

Siap kedua pula, ini ikat mat1, saya simpan terus dalam kereta.

Saya kemudian kembali semula ke gerai kelapa untuk bungkusan ketiga.

Ketika itu saya perhatikan dia sedang menuangkan air kelapa bungkusan ketiga itu dari cawan besi tahan karat.

Apabila penuh, dia ikat tepi, tetapi dia tidak berikan pada saya bungkusan ketiga itu.

Dia titiskan beberapa titisan air kelapa baki dari cawan besi tahan karat itu ke telapak tangannya.

Kemudian dia hisap, untuk rasa air kelapa tersebut.

“Saya buat baru bang” katanya.

“Ha? kenapa?” saya kebingungan.

“Tawar bang. Tak manis” katanya.

Dia kemudian membelah kelapa baru, yang lebih banyak isi. Lalu memberikan kepada saya bungkusan yang terakhir itu.

Saya terus ambil dan rasa. Manis betul. Tanpa gula.

Wow! Ini pertama kali saya jumpa penjual kelapa yang sebegini jujur. Dia tak jual pun air kelapa yang tawar tu. Dia buat baru. Hebat.

Semoga adik ini dimurahkan rezeki dan lebih ramai pelanggan datang.

Lokasi : Persiaran Kota Perdana, Bandar Putra Permai.

BACA :

‘I rasa gambar ni agak sensitif tapi I nak share juga. Kalau ada yang nak masuk Thailand kene rajin baca kalau taknak kene macam I’
‘Simpan lah resepi ni penawar sakit sendi urat lutut & pinggang.. Semoga ada pahala yang berkongsi’
‘Suami bagi nafkah hanya RM100, aku terpaksa menabung sebab mengidam nak makan durian’