‘Tak habis belajar lagi, Allah ambik mak. Kejap je merasa ada mak..’

Bak kata suami.

“Kejapnya saya dapat hidup dengan mak.

Umur 13, masuk asrama. Habis form 5, masuk U pulak. Tak habis belajar lagi, Allah ambik mak. Kejap je merasa ada mak.”

'Tak habis belajar lagi, Allah ambik mak. Kejap je merasa ada mak..'

Sedihnya.

Agaknya sebab itulah dia betul-betul hargai setiap masa dia di rumah. Ada aje aktiviti santai-santai dengan anak.

Dari kejut anak yang merengek taknak ke sekolah, balik dari kerja ajak bermain, solat dan mengaji bersama, sampailah ke malam waktu anak nak tidur.

Sebenarnya, macam tu lah lebih kurang time frame kita dengan mak ayah kita. Dan kita dengan anak-anak kita.

Kalaupun Allah bagi kita umur panjang, hidup kita dengan anak memang sekejap.

Sampai umur 12 je dia bergantung hidup kat kita.

Sampai umur 12 je kita rimas kat pinggan, baju dan barang mereka yang sepah merata.

Sampai umur 12 je suara mereka bingitkan telinga kita.

Lepas umur 12, dia bukan lagi sebahagian penghuni rumah kita.

Dia akan balik sebagai tetamu.

Dah mula ada kehidupan sendiri.

Dah tak perlukan kita macam masa mereka masih kanak-kanak lagi.

Waktu tu, cakap kawan-kawan lebih mereka peduli.

Cuba pandang wajah anak kita yang masih kecik tu. Berapa tahun lagi berbaki mereka hidup sebagai penghuni.

Hargai masa bersama selagi berbaki.

Duit boleh dicari. Tapi masa yang pergi takkan kembali. Cipta sebanyak-banyak memori.

Biar banyak manapun insan yang datang dan pergi dalam hidupnya, kita tetap nombor 1 di hati.

BACA :

‘Pinjaman kereta aku tak lepas lah, baki akaun aku masih banyak bukannya takde duit. Ini sebabnya..’
Jangan nak nampak ‘high class’ je, rupanya kerjaya pilot bukan mudah!
‘Ini kereta yang saya guna setiap hari ulang-alik pergi ke tempat kerja, jangan habiskan gaji kita pada kereta’