TEMBELANG DAH PECAH.
Saya sebenarnya malas nak ulas perkara berkaitan para habib-habib yang datang ke malaysia kita ni yang hanya menjaja diri konon punya salasilah Nasab keturunan Nabiﷺ demi nak meraih perhatian Masyarakat Nusantara yang sememangnya senang diperbodohkan atas Nama agama dan juga keturunan Nabi…..
Bukan semua tpi kebanykknya…sebab itulah mereka(para penunggang agama/habib jadian) menetapkan malaysia sbgi slh satu target/tempat utk mereka menjalankan jarum halus mereka,mengambil kesempatan dn kaut keuntungan semata² atas nama “KETURUNAN NABIﷺ”…kerana apa..?
Kerana di tanah Arab serta ditempat mereka sendiri mereka tidak akn dpt layanan mewah bak ank raja,mereka tdk dpt nk cari mkn di tempat sendiri kerana tidak ada yg mengenali serta memperdulikan dakwaan yg kononnya mereka² ini punya Nasab yg bersanad smpai kpda Rasulullah ﷺ..
Ini dibuktikan sendiri dgn pengakuan serta penafian oleh kerajaan mereka serta pihak² yg berautoriti yg diberi mandat utk menjaga silsilah Nasab keturunan Nabiﷺ…
Namun disebabkan tiap kali mereka dtg ke malaysia kita ni selalu shja mnjdi fenomena maka sya terpanggil juga utk nk ulas utk memberi pencerahan dn peringatan….
Dimalaysia kita ini.,kdtgn mereka² ini disambut dgn suasana yg sgt riang ria lagaknya seorang putera raja turun bertemu rakyat…
Yang menyedihkan serta memalukan adlh para wanita yg tak kira ank dara,isteri org,mkcik²..malah opah² pun turut taksub buta dgn sosok tubuh yg digembar gembur sbgi cicit Rasulullah…
Sudah² la tu ye…tembelang dah pecah pun…ada baiknya kalian bawa² istighfar dan sadar diri agar ketaqsuban buta dn pujaan yg ghuluw itu tdk menjebak kalian ke jurang kebinasaan disebabkn tergadainya Aqidah…
Cinta Nabiﷺ itu bukanlah dpt dibuktikan dgn kita memuja² dn taqsub buta secara ghuluw terhadap seseorang ..
Apatah lgi seseorang itu tdk dpt dipastikan apakah ia benar² mempunyai susur galur yg ada kaitannya dgn Nasab keturunan Nabi…
Seandainya benar sekali pun maka ia tetap tdk dpt membenarkan kita memuja serta menyanjung seseorang secara berlebihan dn melampau kerana perbuatan sprti itu Ada Hadith soheh yg melarangnya keras…
Justeru jika benar kita cinta dn rindu Akn Rasulullahﷺ maka ittiba’lah kpda baginda dgn sedaya upaya menghidupkan Sunnah baginda yg soheh dlm hal² ibadah mahupun rutin² harian…
Jadi selepas ini, jika individu dlm gmbar ini dtg lgi kemalaysia maka tdk perlu lah nk teruja sgt sampai terkinja² bergetar tulang rusuk dn ovari kerana beliau hnyalah org biasa sprti kita juga yg tidak ada apa pun yg perlu nk dipuja² dn didendang…
Setakat seorang prof.di negara kita ni yg mengesahkannya belum tentu ia benar tatkala prof. Itu sendiri tdk faqih berkenan salsilah Nasab keturunan Nabi kerana ia bukan dlm bidang beliau pun utk nk iktiraf salsilah nasab keturunan Nabi ﷺ ini…
Sedangkn negaranya sendiri tdk ikhtiraf akn certificate yg dibawa kehulu kehilir serta tdk mengenali beliau pun…
Wallahu ta ala a’lam bissawab…
BACA :