Terbuka Jepun: Zii Jia balik awal lagi selepas beraksi pusingan pertama
Hasrat pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia untuk melepasi badi tewas pusingan awal tidak kesampaian apabila sekali lagi tewas di pusingan pertama di Terbuka Jepun, sebentar tadi.
Zii Jia pada mulanya dilihat berada di kedudukan terbaik untuk menang ke atas wakil tuan rumah yang juga juara bertahan, Kenta Nishimoto apabila menang set pertama namun akhirnya akur dalam pertarungan tiga set 22-20, 17-21, 19-21.
Kekalahan terbaru di Terbuka Jepun itu menyaksikan ia adalah kekalahan keempat berturut-turut Zii Jia di pusingan pertama apabila turut tewas di Terbuka Singapura, Indonesia dan Korea.
Kemenangan Kenta itu menjadi rekod pertemuan kedua-dua pemain itu menjadi 2-5 memihak kepada Zii Jia.
BACA JUGA:
Lelaki ini penat hadap housemate suka ‘rembat’ barang kepunyaan.
Pedofilia dera seksual 7 kanak-kanak dipenjara 30 tahun.
Penjawat awam rugi RM677,565 kerana takut dengan ‘Pos Laju’