‘Terdetik juga tak mahu rumah besar-besar sebab susah nak jaga, tapi aturan Tuhan berbeza. Ayah yang tengah sihat tiba-tiba kena strok..’

Terdetik juga tak mahu rumah besar – besar.

Susah nak jaga.Tapi aturan Tuhan berbeza.

Ayah yang tengah sihat tiba – tiba kena strok.

'Terdetik juga tak mahu rumah besar-besar sebab susah nak jaga, tapi aturan Tuhan berbeza. Ayah yang tengah sihat tiba-tiba kena strok..'

Jadi mak ayah dari kampung kena duduk sekali.

Orang kampung memang tak tahan duduk rumah bandar,

Lemas katanya.

Dah biasa dengan tanah yang luas & tanaman kan.

Bisnes pun dah ok sikit lepas PKP jadi saya beli rumah ni & bawa mereka tinggal bersama di bandar.

Master bedroom saya ni saya serahkan kepada mereka.

Senang. Tolak kerusi roda sikit, terus boleh keluar tengok pemandangan bukit.

Saya masuk dunia perniagaan memang niat dari awal supaya boleh jaga ibu bapa.

Alhamdulillah, harini diberi kelebihan ini.

Jadi saya berkhidmat kepada mereka habis – habisan.

Berbuat baik kepada ibu bapa tak di nilai menggunakan wang ringgit, tak perlu tunggu kaya raya baru boleh berkhidmat, gunakan apa yang ada untuk berkhidmat. Malah niatkan untuk ini.

Itulah permulaan suatu keberkatan.

BACA :

Ini cara tanam pokok kesum tanpa guna tanah, hanya perlu guna bahan ini. 7 hari dah rimbun
‘Mereka kata aku bukan bekerja tapi jual badan, sebab tu aku boleh hidup mewah. Mak ayah hina aku janda jalang’
Ustazah hayun pelempang kerana hilang sabar budak 7 tahun cari surat tak jumpa, ‘Merah sangat ke?’