“Tinggal 30 peratus tanah rancangan Felda yang masih hidup” – Dato Mazlan Aliman
Saya menyambut baik ucapan YAB PM di Felda Teloi Timur semalam mengenai komitmen beliau menangani isu2 Felda.
Felda ditubuhkan sejak tahun 1956. Ertinya, 67 tahun usia Felda. Objektif menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan yang digagaskan Allahyarham Tun Razak telah mencapai matlamatnya.
Tokoh besar seperti Tun Tan Sri Raja Alias selama 22 tahun sebagai Pengerusi Felda diakui berada pada era kegemilangannya. Insan hebat ini masih hidup dan menabur bakti. Kali terakhir bertemunya masih memiliki idea/pemikiran yang tajam, memandang Felda ke hadapan.
Sedihnya, apa jadi Felda kebelakangan ini. Simpanan berbilion ringgit lebur, sebaliknya bertimbun hutang piutang.
Apabila pemimpin korup, bersekongkol dengan pengurusan tertinggi Felda yang tidak amanah, ia menjadi beban yang memeritkan.
Memang siapa pun jadi Kerajaan kena bailout, sebab ia bukan salah peneroka.
Realiti kini, dari 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda, tinggal 30 peratus yang masih hidup.
Sejauh mana agenda reform Felda ?
Apa dia halatuju Felda?
Seharusnya dasar baharu telah dirangka melalui peranan menyeluruh generasi baharu Felda(samada gen 2,3,4 dan 5)
Saya telah tekankan acap kali mengenai peri pentingnya Akta GSA 1960 dipinda. Sebahagiannya sudah tidak relevan khusus status faraid/waris yang menjadi pertikaian dikalangan adik beradik.
Bagaimana pengurusan kebun yang dilihat kurang efisien. Pendapatan tidak meningkat dikala isu hutang tak kunjung selesai meskipun 80 peratus telah dilupuskan.
Seharusnya, melahirkan masyarakat berdikari sepertimana ditekankan Allahyarham Tun Razak telah mula diberi keutamaan buat Generasi Baharu. Ada sekitar 10 peratus peneroka dan generasi baharu Felda yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian bagi memaksimumkan pendapatan. Tapi peliknya, sejak sekian lama di diskriminasi sebab tidak bersama Felda. Sepatutnya mereka ini adalah contoh peneroka berdikari yang wajar diraikan dan diberi insentif sebagai galakkan.
Sebab,sampai bila peneroka nak bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan?
Setiap kali tanam semula sawit atau getah, kosnya mencecah lebih 100 ribu. Belum lagi pinjaman sara hidup dan hutang persendirian. Apa alternatif untuk kurangkan kos atau hutang?
Apa dia pembangunan ekonomi anak muda Felda khususnya felda di pedalaman yang jauh dari kawasan industri?
Akhirnya, bila pembangunan Insitu tidak digerakan, Felda ‘suram’ dan ‘Sepi’.
Ketika ini memang terlalu banyak isu di Felda. Pemulihan Koperasi Permodalan Felda(KPF), Koperasi2 di Felda seperti hidup segan mati tak mau, masalah urustadbir/tatakelola dan lain2.
Sebelum ini telah saya sarankan, bentang halatuju felda di Parlimen. YAB PM atau pihak Kerajaan Perpaduan utarakan, manakala ahli parlimen bahas dan berhujah agar menghasilkan natijah yang berkesan untuk 20- 30 tahun akan datang.
Semak semula Kertas Putih yang dibentang di Parlimen tahun 2019. Kita pun tiada maklumat perkembangannya.
Kita berbicara dan berikrar untuk Malaysia yang berintergriti. Kita pun tidak pasti jaminannya demi Felda yang kita cintai.
Pemimpin mesti Amanah bukan retorik. Ia institusi dimana 97 peratus orang melayu. Ada 54 parlimen. Medan terbaik buktikan kejujuran demi anak bangsa, bukan sekadar kepentingan diri dan para kroni.
BACA JUGA:
Qistina Raisah di fitnah, ibu jumpa Bell Ngasri jelaskan salah faham
7 petua orang zaman dulu cuci kerang hanya guna bahan semula jadi