Rupanya ini teknik mudah tanggalkan cebisan tisu, kertas yang melekat di pakaian dalam mesin basuh

Rupanya ini teknik mudah tanggalkan cebisan tisu, kertas yang melekat di pakaian dalam mesin basuh

Ada masa kita terlupa untuk keluarkan tisu atau kertas dari poket seluar. Akibatnya berlakulah ‘tragedi’ waktu membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.

Habis semua pakaian yang melekat cebisan putih dari kertas tadi. Memang boleh ‘angin’ dibuatnya. Lagi stres kalau kebanyakan pakaian yang dibasuh itu berwarna gelap. Lagilah nampak cebisan putih yang bertepek itu.

Memandangkan kejadian seperti ini selalu juga berlaku maka kita kena tahu cara untuk membuang cebisan tisu yang dah melekat pada pakaian ini.

Seorang pengguna Twitter dari Jepun, Yukino telah berkongsi solusi kepada masalah ini dan caranya cukup mudah. Disebabkan itu ciapannya telah mendapat lebih 500k tanda suka. Bermakna ramai yang berdepan dengan masalah ini.

tip Mudah Tanggalkan Cebisan Tisu, Kertas Yang Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh

 

Cuma letak pelembut pakaian
Ujar beliau yang turut berdepan dengan masalah tersebut cara menyelesaikannya cukup mudah.

Tip Mudah Tanggalkan Cebisan Tisu, Kertas Yang Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh
Bagi pakaian yang telah diselaputi cebisan tisu dalam mesin basuh ia akan kembali bersih dengan cara membuat satu lagi basuhan iaitu 1 kitaran bilasan dan 1 spin dan tambahkan pelembut pakaian.

Selepas kitaran itu, pakaian yang melekat tisu tadi akan hilang. Jadi jangan lagi risau kalau berlaku lagi kejadian ini berlaku.

Masukkan dalam dryer
Dalam pada itu netizen turut berkongsi lagi satu tip iaitu, memasukkan pakaian yang penuh dengan cebisan tisu ini ke dalam dryer. Cebisan tisu akan lenyap dan baju akan bersih selepas proses pengeringan tamat.

BACA JUGA:kapal tangki berbendera Iran dirampas maritim Indonesia