TMJ sekeluarga terselamat insiden tembakan rambang di Bangkok, 3 terkorban

Alhamdulillah….TMJ dan keluarga baginda selamat…mereka berada di hotel di mana berlaku tembakan rambang yang mengorbankan tiga nyawa siang tadi di Bangkok.

Baginda berkongsi detik cemas yang dilalui di media sosial baginda.

Baginda telah mendapatkan perlindungan untuk keluarga dan pasukannya di Kedutaan Singapura di Thailand (secara kebetulan ia lebih hampir dengan tempat kejadian berbanding Kedutaan Malaysia).

TMJ sekeluarga terselamat insiden tembakan rambang di Bangkok, 3 terkorban

TMJ dan pasukan membentuk benteng di hadapan anak-anak dan keluarganya ketika kejadian berlangsung….

Baginda berada di sana bagi mengikuti perlawanan JDT menentang kelab BG Pathum United F.C. TMJ bagaimanapun tidak dapat mengikuti perlawanan tersebut berikutan kejadian itu.

Didoakan agar baginda dan keluarga serta semua yang lain tenang menerima ujian ini dan selamat kembali ke tanah air tidak lama lagi.

Berikut Adalah Petikan Dari FB TMJ

Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan. Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.

Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku.

Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, “semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini” dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.

Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku.

Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.

Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut.

Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.

Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.

Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat.

Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. 2 orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa.

Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua.

Ismail Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

BACA :

Lelaki OKU guna dagu dan hidung tulis puisi, ‘Saya sayang Ayah’
‘Gaji aku belas ribu. Bila rahsia suami pecah, aku jerit sekuat hati. Mungkin dia tak puas enjoy dengan kawan-kawan sebelum kahwin’
‘Dulu aku ingat mak benci aku, mak tiba-tiba hilang. Orang jumpa dia tak berbaju. Ya, aku hasilnya. Anak hasil r*gol’