Tular Maryam Durian Kimchi bertatu, “Adakah orang yang bertatu sahaja boleh jadi muslim?”
Bukan mudah untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, lebih-lebih lagi apabila ramai yang mengungkit tentang kesalahan masa lampau seseorang. Itulah yang terjadi kepada pempengaruh popular, Maryam Durian Kimchi yang sering disoal tentang tatu di badannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Maryam kelihatan sed1h namun dia tidak langsung berkata apa-apa. Wanita berasal dari Korea Selatan ini hanya menulis luahan hatinya di kapsyen video tersebut.
Sampai sekarang ada orang cakap pasal tatu saya dan suruh saya buang tatu ini.
Dalam pada itu, Maryam atau nama penuhnya, Maryam You Narae juga menyoal adakah orang yang tidak bertatu sahaja layak menjadi seorang muslim.
Adakah orang yang tidak bertatu sahaja boleh jadi muslim?
‘Abaikan mereka’
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang memberikan kata-kata semangat untuk pempengaruh berusia 31 tahun itu. Malah ada juga yang menasihatinya supaya mengabaikan sahaja kritikan tersebut.
Itu dulu kak, tak mengapa. Sekarang kita fokus untuk terus ke hadapan. Buat tak tahu sahaja dengan semua orang yang mengata tu.
Abaikan saja mereka. Allah tidak pernah menilai kehidupan masa lalu awak.
Saya pun seorang mualaf, ada tatu di kaki. Alhamdulillah suami memahami. Tak perlu bu4ng kalau menyakitkan.
Jika dibu4ng dan membawa mudarat kepada tuan badan, jadi tak perlu dibu4ng . Yang penting ketaatan dan ketaqwaan pada Allah.
BACA JUGA:
Ini kalau terlajak gelongsor terus ke laut – Taman tema air terbesar di dunia ada atas kapal
Netizen panas YB hanya rakam tindakan lelaki buang sampah tepi jalan tapi tak tegur ‘direct’
Puteri Sarah bagi ‘hint’ jodoh baru, minta netizen doakan supaya dipermudahkan