Tular pasangan suami isteri diberkas polis ketika sedang mencari rezeki sebagai badut

Tular pasangan suami isteri diberkas polis ketika sedang mencari rezeki sebagai badut

Sepasang suami isteri yang menyara hidup sebagai penghibur jalanan dengan berpakaian badut ditahan di Bontang, wilayah Kalimantan Timur kerana didakwa menimbulkan rasa tidak selesa orang ramai, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Pasangan tersebut dikatakan menjana pendapatan lumayan mencecah 500,000 rupiah (RM151) dalam masa sejam.

Tular pasangan suami isteri diberkas polis ketika sedang mencari rezeki sebagai badut

Satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Sabtu lalu memberitahu bahawa wang hasil pekerjaan itu digunakan pasangan suami isteri berkenaan untuk membawa anak-anak mereka menginap di hotel.

Unit Polis Perkhidmatan Awam Pamong Praja Bontang menahan kedua-dua mereka ketika sedang menghibur di jalanan dengan memakai kostum watak kartun.

Namun, ramai netizen berpendapat suami isteri itu tidak sepatutnya ditangkap kerana mereka bekerja dan bukan meminta sedekah.

“Di Bogor juga ada ramai badut tetapi mereka tidak mengganggu orang ramai. Biarlah mereka mencari sesuap nasi, yang penting tidak mencuri,” kata seorang netizen.

“Mereka bekerja, jadi biarlah mereka menikmati hasilnya. Apa yang menjadi masalahnya? Mereka tidak mengganggu orang, malah ramai yang terhibur dengan aksi mereka,” kata netizen lain.

Sebelum ini, Liputan6 melaporkan bahawa Unit Polis Perkhidmatan Awam Banyuwangi menahan beberapa penghibur jalanan yang sering berkumpul di kawasan lampu isyarat.

Ada antara mereka memakai kostum badut selain ada yang melumur badan dengan cat berwarna kelabu atau digelar manusia ‘silver’.

Ketua unit tersebut, Wawan Yadmadi berkata, penangkapan itu dibuat sebagai tindak balas kepada aduan keresahan orang ramai yang berasa terganggu dengan kehadiran mereka.

BACA JUGA:

Gara-gara beri laluan lelaki sambut hari jadi tengah jalan, trafik sesak teruk

Demi mahu kekalkan kuasa, DAP sudah tersasar – Ronnie Liu

Pengasas Mustika Ratu dedah rahsia kekal awet muda, cuma amal 2 bahan ni je!