Tular seorang pemandu bangsa Cina 71tahun baca Surah Yasin “Uncle… Saya pun tak hafal surah Yasin,” – Netizen
Seorang lelaki meluahkan rasa kagum apabila bertemu dengan warga emas bukan beragama Islam yang membaca beberapa ayat daripada surah Yasin.
Berdasarkan video yang tular, kedengaran warga emas berbangsa Cina berusia 71 tahun yang merupakan pemandu e-hailing itu mengalunkan bacaan yang dihafalnya.
“Kisah petang tadi saya ambil (naiki) Grabcar dari Batu Belah ke Aeon ke Bukit Tinggi. Pemandu berbangsa Cina ini berumur 71 tahun dan masih sihat.
“Apabila saya bertanya mengenai rahsianya, pakcik ini menjawab setiap hari berdoa dan membaca 17 ayat pertama daripada surah Yasin,” tulisnya pada video berkenaan.
Ujar penumpang lelaki dalam video tersebut, ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan orang bukan Islam yang boleh menghafal beberapa ayat dalam surah Yasin.
Dia kemudian bertanya mengapa lelaki ini tidak mahu menukar agamanya kerana kelihatan begitu berminat dengan Islam.
“Saya ni baca untuk ilmu sahaja.
“Orang selalu suruh saya mengucap,” katanya ringkas.
Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut meluahkan rasa sebak apabila mendengar lelaki ini mengucapkan dua kalimah syahadah.
“Ini semua hasil pergaulannya dengan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu.
“Meleleh air mata saya mendengarnya. Sekadar perkongsian,” jelasnya lagi.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum mereka dan berdoa agar lelaki ini memeluk Islam suatu hari nanti.
Malah, ada beberapa individu turut mengakui bahawa mereka sendiri tidak mampu menghafal potongan ayat daripada surah Yasin seperti warga emas itu.
“Semoga sempat dia beriman sebelum hembusan terakhir.
“Subhanallah. Terkejut saya tadi boleh hafal surah Yasin. Terbaik uncle.
“Uncle… Saya pun tak hafal surah Yasin,” komen netizen.
Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini mengulas mengenai hukum orang bukan Islam membaca al-Quran.
Dalam meneliti isu ini, terdapat beberapa sisi pandang:
Pertama, orang bukan Islam yang membaca al-Quran dengan niat menghina (istihza’) atau bermain-main (sukhriyyah).
Isu ini disepakati oleh para ulama sebagai haram, dan wajib dihalang.
Kedua, orang bukan Islam vang membaca al-Quran dengan tujuan mencari kebenaran (ihtida) dan petunjuk.
Oleh itu, hukum bagi seseorang yang kafir yang membaca al-Quran dalam mencari kebenaran atau ihtida’ adalah harus.
BACA JUGA:
Qistina Raisah di fitnah, ibu jumpa Bell Ngasri jelaskan salah faham
“Ditinggal lepas 3 kali keguguran dan mandul” Rupanya ada kisah lain