Unik! Pasangan kahwin di muzium bersajikan keropok lekor segar

Unik! Pasangan kahwin di muzium bersajikan keropok lekor segar

Keindahan suasana perkahwinan yang berlangsung di Muzium Negeri Terengganu baru-baru ini mendapat pujian dan perhatian ramai.

Ia merupakan lokasi majlis bertandang yang dipilih pengantin lelaki Niyaz Mustaqim Mohd Zukepli, 31, dan keluarga untuk menyambutnya rombongan pengantin perempuan.

Unik! Pasangan kahwin di muzium bersajikan keropok lekor segar

Pengantin perempuan, Siti Majdiah Mohamad, 29, atau lebih senang disapa Siti menceritakan mengenai keindahan majlis itu yang diadakan pada 15 Julai lalu sebelum dia membuat perkongsian di media sosial baru-baru ini.

“Idea nak adakan majlis menyambut tetamu dekat muzium tu datangnya daripada umi dan abah (ibu bapa suami) sebab mereka anak jati Terengganu.

“Sebelum ni saya dan Mustaqim (suami) memang impi buat majlis bertemakan Melayu klasik, jadi muzium tu memang tempat paling sesuai dengan apa yang kami mahukan.

“Makanan, goodies, pelamin serta pakaian tetamu dan pengantin semuanya mengikut tema. Selain bertandang, kami juga lakukan majlis kesyukuran sekali gus,” ujar Siti mengimbas kenangan hari bahagianya.

Bercerita lanjut mengenai majlis itu, Siti yang berasal dari Parit Buntar, Perak, berkata para tetamu yang hadir kelihatan begitu ceria menikmati setiap hidangan yang disediakan.

Memandangkan pemandangan dan landskap di muzium begitu indah, pengantin lelaki dan keluarganya secara keseluruhannya berpuas hati dengan tema yang dipilih.

“Majlis tu diadakan di luar bahagian bawah kawasan muzium tu. Dekat situ memang ada tempat untuk buat makan-makan.

“Selain jamu tetamu makan kuih muih Melayu, kami juga tempah vendor keropok lekor. Mereka datang uli dan goreng keropok lekor ‘on the spot’ untuk tetamu makan.

“Untuk doorgift pula, tetamu yang datang diberikan kopi kampung untuk mereka bawa pulang. Kami tak ada buat acara lain pun memang fokus bagi tetamu makan saja untuk majlis tu,” katanya lagi.

Melihat komen-komen yang diterima setelah video dimuat naik tular di TikTok, ramai rupanya pasangan yang mengimpikan untuk mengadakan majlis mereka di Muzium Negara Terengganu.

Menurut Siti, sebelum ini sememangnya sudah ramai pasangan mengadakan majlis perkahwinan di situ kerana lokasinya yang cantik.

“Saya bersyukur umi, abi dan keluarga sebelah lelaki mengatur majlis dengan teliti sampai majlis berjalan dengan lancar. Dari November 2022 lagi mereka sudah tempah secara terus di kaunter.

“Kadar sewa di bahagian luar muzium tu bagi saya memang berpatutan cuma RM1,500 termasuk sewaan kerusi dan meja. Ramai juga yang komen tertarik dengan pantun tu. Semua tu idea daripada pihak bridal pelamin bukan kami.

“Sejujurnya saya sendiri pun pertama kali datang muzium tu masa hari saya kahwin. Kalau tak kenal dengan suami, mungkin saya pun tak tahu boleh buat majlis dekat situ. Tapi kebanyakan orang di Terengganu memang tahu boleh buat majlis,” katanya.

BACA JUGA:

Nafiez Zaidi dan Fify Azmi tidak jadi kahwin, bukan kerana orang ketiga tapi…

”Korang jangan esok nak shoot malam ni tarik diri aku saman nanti” – A.Aida sindir siapa tu?

PN DUN Juasseh diancam dengan kepala babi