Veteran Tidak Berpencen 60tahun terima BSH RM300, kerajaan serius menjaga kebajikan

Veteran Tidak Berpencen 60tahun terima BSH RM300, kerajaan serius menjaga kebajikan

Pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan kepada Veteran Tidak Berpencen bermula usia 60 tahun, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini, disifatkan sebagai satu manifestasi bahawa kerajaan komited dalam menjaga kebajikan penjawat awam di negara ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, usaha itu membuktikan bahawa kerajaan benar-benar serius untuk melihat semula semua kadar upah dan gaji yang diterima oleh penjawat awam ketika ini.

Veteran Tidak Berpencen 60tahun terima BSH RM300, kerajaan serius menjaga kebajikan

Sehubungan itu, Adnan berkata, penjawat awam dinasihati supaya dapat bersabar dan memberi ruang serta kepercayaan yang penuh kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk merangka usaha berkenaan.

“Pengumuman kerajaan untuk memberikan pencen sebanyak RM300 kepada veteran tidak berpencen pada usia 60 tahun ke atas tidak pernah berlaku dalam sejarah dan ia adalah suatu kesungguhan bahawa Perdana Menteri akan melakukan perkara sama dalam menjaga kebajikan warga penjawat awam.

“Perkara ini sebenarnya sudahpun dilakukan apabila kerajaan tetap meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 bermula Januari lalu serta pemberian bantuan khas yang lain kepada penjawat awam dari masa ke semasa termasuk rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej pasca bayar,” katanya melalui kenyataan, di sini.

Semalam, kerajaan bersetuju memperluaskan BSH sebanyak RM300 sebulan kepada Veteran Tidak Berpencen bermula usia 60 tahun berbanding ia hanya dinikmati pada usia 80 tahun sebelum ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dilaporkan berkata insentif itu berkuat kuasa bulan depan dan akan memberi faedah kepada seramai 41,970 orang membabitkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.

Mohd Zuki turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri, semalam.

Jawatankuasa itu dilaporkan sudah selesai melaksanakan sesi libat urus masing-masing mengikut enam kluster yang ditetapkan iaitu kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, keselamatan, teknikal dan pengurusan.

Pada masa sama, Adnan berkata, kerajaan terbukti menunjukkan kesungguhan dalam merangka Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu yang komprehensif dengan mewujudkan jawatankuasa khas ke arah itu.

Beliau berkata malah, kerajaan juga dilihat mahu aspirasi daripada penjawat awam itu sendiri dibabitkan dalam kajian SSM baharu ini.

“CUEPACS menghargai komitmen kerajaan dalam meneliti semula sistem saraan perkhidmatan awam apabila mewujudkan jawatankuasa khas bagi membuat kajian mengenai penambahbaikan perjawatan dan organisasi, saraan dan pengurusan bakat warganya.

“Kita amat berpuas hati apabila sesi libat urus ini menerima pandangan semua pihak yang mana setiap kluster diketuai oleh ketua setiausaha, yang bertanggungjawab memastikan pembabitan semua kementerian, jabatan dan wakil pekerja termasuk pihak kesatuan secara inklusif.

“Langkah ini membuktikan kesungguhan Perdana Menteri untuk merangka suatu sistem saraan yang komprehensif untuk penjawat awam dan mahu aspirasi daripada penjawat awam itu sendiri dibabitkan dalam kajian sistem saraan perkhidmatan awam yang baharu ini,” katanya.

Adnan berkata, penjawat awam perlu terus fokus dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berada pada tahap yang terbaik yang ia perlu dibuat secara kolektif dan bersepadu oleh semua pihak dalam semangat Malaysia Madani.

“CUEPACS amat yakin dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan.

“Setiap pandangan dan cadangan CUEPACS bagi menambah baik inisiatif kebajikan penjawat awam sentiasa seiring dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan semangat kerja yang lebih kondusif buat penjawat awam,” katanya.

BACA JUGA:

Taabsub besarkan payudara berakhir tragis,”Jangan bagitahu doktor tauu,i cuma bantu u saja”

Ustaz dedah rupanya gym tempat kegiatan gay

Sanusi dakwa Saifuddin keluarkan kata-kata fitnah dan cela nama selaku Menteri Besar