[VIDEO] Budak 4 tahun maut, bapa parah dirempuh kereta warga Singapura disyaki lumba haram

Oleh Admin 02

SEORANG kanak-kanak maut manakala bapanya parah akibat dirempuh dua pemandu dipercayai warga Singapura yang didakwa berlumba haram di Jalan Sua Betong, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Khamis.

Kejadian difahamkan berpunca akibat perlanggaran dengan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura terbabit yang dikatakan memandu laju dan berbahaya di laluan berkenaan.

Budak 4 tahun maut, bapa parah dirempuh kereta warga Singapura disyaki lumba haram
Tangkap layar insiden kemalangan membabitkan dua pemandu disyaki dari negara jiran yang merempuh dua beranak di Jalan Sua Betong, Port Dickson.

Kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Muhammad Shaheizy Iman difahamkan sedang dalam perjalanan pulang dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Hassan, Port Dickson.

tiiit'
Muhammad Shaheizy Iman dilaporkan maut akibat kemalangan di Jalan Sua Betong, Port Dickson. — Facebook

Namun, sebaik tiba di persimpangan lampu trafik, motosikal jenis Honda EX5 ditunggang bapanya dirempuh dari arah belakang sekali gus mengakibatkan kedua-duanya tercampak di laluan berkenaan.

Rakaman tular di laman media menyaksikan pemandu terbabit ditahan beberapa orang awam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Sementara itu, bapanya, Muhammad Shazerein difahamkan mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk rawatan lanjut.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kemalangan itu setakat ini dengan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

BACA :

Jangan nak nampak ‘high class’ je, rupanya kerjaya pilot bukan mudah!
Peminat berang suruh Messi saman PSG gara-gara guna namanya untuk keuntungan
Gadis mental nak kahwin tapi BF masih belajar, “Rasa macam nak kahwin je dengan sesiapa…”