[VIDEO] Cakap dekat bini balik kerja lambat, lelaki masuk TV ‘kantoi’ tengok bola dekat stadium

Setiap orang pasti memiliki hobi yang sering dilakukan apabila mempunyai masa lapang atau ketika kebosanan.

Ada yang suka pergi memancing ikan, ada yang suka bercuti dan ada pula yang suka menonton bola di stadium secara langsung.

Bagi mereka yang sudah berumah tangga, untuk melakukan aktiviti seperti ini pasti memerlukan persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak.

[VIDEO] Cakap dekat bini balik kerja lambat, lelaki masuk TV 'kantoi' tengok bola dekat stadium

Namun berbeza dengan lelaki ini, di mana dia dikatakan terpaksa berbohong dengan isterinya untuk pergi menonton perlawanan bola di stadium.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @lauraengrant25.

Menerusi perkongsian itu, suaminya difahamkan memberitahu bahawa dia bakal pulang lewat kerana terdapat urusan kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, segalanya terungkap apabila suaminya itu berjaya dirakam lensa kamera sedang menikmati perlawanan bola sepak di stadium.

Wanita itu sebaliknya tidak marah dan hanya merakam video suaminya yang terkantoi sewaktu siaran langsung perlawanan bola tersebut.

Menerusi perkongsian itu, jelas wanita tersebut hanya menganggap situasi berkenaan sebagai jenaka bagi mereka sebagai suami dan isteri.

Suaminya yang berada di tempat duduk penonton dilihat sedang memberikan tepukan sambil memakai jersi dan ‘mafla’ di lehernya.

Video pendek berdurasi lapan saat itu sehingga kini telah ditonton melebihi 1.5 juta tontonan selepas dua hari dikongsikan.

Muat naik perkongsian itu juga dengan pantas telah mengundang reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Mereka turut dilihat meninggalkan komen mereka berkenaan video muat naik tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Saya perlukan sambungan! Apa reaksi dia, bila awak kata yang awak nampak dia,” tulis seorang netizen yang berharap dapat melihat reaksi lelaki tersebut.

“Saya juga pernah tertangkap selepas kawan saya yang kurang bijak lakukan stream ketika kami menyaksikan perlawanan,” tulis seorang lagi netizen yang pernah terkantoi.

“Suami saya dapatkan tiket hanya untuk dia seorang tanpa saya dan saya merungut,” tulis seorang wanita yang pernah mengalami nasib yang sama.

@laurengrant25 #carabaocup #newcastleunited #stjamespark #manchestercity #1-0 #hubby #ohno #skysports #homegame #geordies #winners ♬ original sound – Lozza Gee

BACA :

‘Niat hanya mahu makan durian di Johor, tapi ditipu sehingga rugi RM380,000’
‘Hujung tahun 2020, neraka hidup aku bermula. Aku dengar suara lelaki setiap kali guna telefon. Rupa-rupanya…’
‘Siapa yang lahir pada tahun 50’60’70’80an..? Mereka generasi yang layak disebut generasi paling beruntung, ini sebabnya…’