[VIDEO] Lagi kes penunggang motosikal terkena ‘jerat’ tali tangsi di lebuhraya

SEORANG lelaki tercedera di leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) simpang masuk ke Kampung Dato Mufti pada Isnin.

Kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu tular dalam dalam media sosial Twitter (X) selepas mangsa, @mdzulhilmi memuat naik video dan gambar yang memaparkan rakaman selepas kejadian.

Lagi kes penunggang motosikal terkena 'jerat' tali tangsi di lebuhraya
Seorang lelaki tercedera di leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Lebuhraya SUKE simpang masuk ke Kampung Dato Mufti pada Isnin.

Menerusi perkongsian lelaki mengalami luka pada leher akibat terjerut tali tangsi ketika menunggang motosikal di jalan raya tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Dia turut meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet untuk mengambil tindakan berhubung kejadian itu.

Pada masa sama, lelaki berkenaan meminta orang awam yang melalui lebuh raya tersebut agar berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

BACA :

‘Pukul 6 petang aku terlelap, ayah mertua curi-curi masuk bilik aku dan buat sesuatu.. Aku terus call suami’
Diana Danielle ‘let go’ Farid Kamil, sah cerai talak satu
Unik! Pasangan kahwin di muzium bersajikan keropok lekor segar