‘Viral baru-baru ni Syukor Burger cawangan Puncak Alam tutup, ini punca sebenar..’

Viral baru-baru ni Syukor Burger cawangan Puncak Alam tutup. Kami terpaksa tutup bulan lepas. Dah cuba pelbagai gaya, tapi tak mampu diselamatkan.

Dari running loss setiap bulan, baik tutup saja. Anggap tak ada rezeki di situ.

Satu tu je tutup, Alhamdulillah cawangan-cawangan lain masih mampu bertahan.

'Viral baru-baru ni Syukor Burger cawangan Puncak Alam tutup, ini punca sebenar..'

Abang tidak menyalahkan mana-mana pihak, walaupun jelas ekonomi negara, waima ekonomi dunia memang bergelora.

Berapa banyak bisnes gulung tikar, sebaris restoran kami pun ada dua tiga buah yang sudah tutup.

Tapi beginilah, dalam setiap krisis, ada yang jatuh, ada yang terbang. Kita lihat dari sudut pandang seorang usahawan, tak boleh putus asa, banyak tanggungjawab atas bahu. Kalau orang lain boleh, kita pun mesti boleh.

Abang baca trend pembelian berubah sejak sebelum Ramadhan lagi, customer behavior berubah, trend orang berbelanja berubah. Jadi kita kena ikut berubah, tukar direction sebelum syarikat rebah.

Kalau orang kata marketing abang tak cukup kuat, abang allocate marketing fund untuk sebuah restoran RM300-RM600 sehari ikut size restoran, lima buah RM2,000 sehari, RM60,000 sebulan.

Pada abang, amount tu reasonable. Maybe marketing fund abang tak sekuat syarikat lain, tapi tu je abang mampu.

Tutup satu tidaklah bermakna tutup semua, bak kata cikgu Mohd Fadli Salleh, undur satu langkah, akui kelemahan diri, betulkan kesilapan, lepas tu lompat lapan belas langkah terus.

Sebab tu, daripada peluk tubuh tengok kapal tenggelam, abang cuba selamatkan apa yang ada. Dengan apa yang tinggal dekat tangan ni, abang setup kilang kecik buat sambal, kilang roti abang convert jadi kilang cookies.

Satu langkah drastik untuk terus berkembang, ikut trend semasa melalui jualan online.

Alhamdulillah bulan ni kami berjaya jual 20,000 botol sambal. Doakan dia terbang pi 100,000 botol bulan depan.

Nampak tak usaha abang nak menyelamatkan syarikat. Sweet kan abang?

BACA :

FoodPanda bakal buang ramai pekerja di Asia Tenggara
‘Bila staf hamil, aku penat nak jaga isteri orang. Duit dah rasa tak berbaloi, kesian bila tengok anak bini sendiri’
‘Dah 6 tahun nenek tinggal dengan kami, aku letak perakam suara dalam bilik. Tak sangka ini yang aku dengar..’