wajah seiras ada jodoh, baca kupasan doktor yang berkongsi pengalaman

wajah seiras ada jodoh, baca kupasan doktor yang berkongsi pengalaman

Sering rasanya dalam kehidupan seharian, kita selalu disogok dengan gurauan jika seseorang itu memiliki wajah seiras kita, beliau adalah jodoh kita.

Tidak turut terlepas juga ada beberapa pandangan yang menyatakan bahawa jika seseorang mahukan kebahagian, dia perlu mencari orang yang memiliki wajah seiras dengannya.

Terbaharu, Doktor Ahmad Rostam Md Zin berkongsi satu fakta mengenai isu di atas di laman Twitter miliknya.

wajah seiras ada jodoh, baca kupasan doktor yang berkongsi pengalaman

Beliau yang bertindak sebagai Pakar Psikiatri menyatakan dalam bebenang yang bertajuk Fakta Menarik Mengapa Pasangan Kelihatan Seiras berkongsi rahsia bahawa wujud satu kajian pada 2011 yang mendapati bahawa manusia cenderung untuk memilih pasangan yang seiras dengan diri kita sendiri atau ibu ayah kita.

Beliau juga mengaitkan fakta tersebut dengan teori Assortive Mating di mana teori tersebut menceritakan corak berpasangan dan bentuk pemilihan seksual.

Ia bermaksud bahawa individu tersebut cenderung memilih pasangan yang mempunyai ciri fizikal atau strata sosial yang sama.

Pakar Psikologi Sosial, Robert Zajonc, dalam kajiannya pada tahun 1965 beliau telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaharu.

Hasil kajian mendapati bahawa wajah pasangan yang sudah lama berkahwin seiras dan saling tak tumpah satu sama lain.

Doktor Rostam juga menyatakan dalam bebenangnya bahawa pengalaman, tabiat, bahasa badan dan gaya lebih cendurung untuk ikatan emosi yang selesa dan saling percaya satu sama lain.

BACA JUGA:suami dan mentua tidak berhati perut “ anak saya tidur di atas sehelai kain sahaja “