Wanita bukan Islam potong rambut lelaki Islam disaman RM100

Wanita bukan Islam potong rambut lelaki Islam disaman RM100

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mendenda seorang pemilik salon rambut RM100 kerana membenarkan pekerja wanitanya memotong rambut pelanggan lelaki beragama Islam.

Kejadian tersebut berlaku di premis pemilik wanita yang terletak di pekan itu minggu lalu dan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Kelantan, Oie Poh Choon berkata pemilik salon itu membayar dendanya kepada majlis itu empat hari lalu.

Wanita bukan Islam potong rambut lelaki Islam disaman RM100

“Saya menemani wanita itu ke pejabat MPKB untuk menjelaskan dendanya dan dia mengaku melakukan kesalahan itu.

Dia mengakui kesilapannya dan mendakwa dia telah terlupa undang-undang kecil berkenaan,” katanya.

Menurut laporan FMT, pemilik salon berkenaan didapati melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut yang menyatakan pendandan rambut wnaita bukan Muslim dilarang untuk memberikan servis kepada Muslim yang berlainan jantina.

Oie Poh Choon turut berharap pihak MPKB untuk mengingatkan semula undang-undang tersebut kepada semua pemilik perniagaan sedemikan kerana semakin ramai yang terlupa akan undang-undang itu.

“Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa ini bukan peraturan baru. Untuk keselamatan, kita hanya perlu mengikut peraturan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya lagi.

Difahamkan pekerja wanita salun itu telah menggunting rambut pelanggan lelaki yang pergi ke sana bersama ahli keluarganya minggu lalu.

BACA JUGA:

Bekas penyampai radio bela diri terlepas hukuman tali gantung, “Saya rasa macam nak mati 2 tahun duduk dalam tu”

Puteri Sarah bagi ‘hint’ jodoh baru, minta netizen doakan supaya dipermudahkan

Cemas! bas ekspres yang berisi 44 orang terbakar